Watch FIFA World Cup 2026™

LIVE, FREE and EXCLUSIVE

Koleksi Fesyen Graduan Danish Rizal Utarakan Warisan Melayu

Zaini Ahmad menyertai Danish Rizal bersama model yang memperagakan salah satu daripada koleksi graduan beliau dalam pertunjukan fesyen graduan RMIT pada 25 Julai, 2026. Credit: SBS Bahasa Melayu
Zaini Ahmad menyertai Danish Rizal bersama model yang memperagakan salah satu daripada koleksi graduan beliau dalam pertunjukan fesyen graduan RMIT pada 25 Julai, 2026. Credit: SBS Bahasa Melayu

Setelah dua setengah tahun mengikuti ijazah dalam bidang rekaan fesyen di RMIT University, Melbourne, Danish Rizal tidak sabar melihat hasil rekaan beliau diperagakan di atas catwalk. SBS Bahasa Melayu dijemput menyaksikan pertunjukan fesyen penuh kreativiti dan glamor hasil rekaan pereka fesyen generasi baru.


Published

By Zaini Ahmad

Presented by Zaini Ahmad

Source: SBS



Share this with family and friends


Setelah dua setengah tahun mengikuti ijazah dalam bidang rekaan fesyen di RMIT University, Melbourne, Danish Rizal tidak sabar melihat hasil rekaan beliau diperagakan di atas catwalk. SBS Bahasa Melayu dijemput menyaksikan pertunjukan fesyen penuh kreativiti dan glamor hasil rekaan pereka fesyen generasi baru.


Koleksi graduan fesyen RMIT 2026 sememangnya hebat, memaparkan hasil rekaan pelajar tempatan dan antarabangsa yang mencerminkan kreativiti masing-masing.

Bagi pelajar dari Malaysia, Danish Rizal, koleksi beliau bertemakan Tirai Antara yang mendapat inspirasi daripada tirai rumah tradisional Melayu.

Menurut beliau, corak kain dicetak secara digital manakala kolar dan lapel dihasilkan melalui teknik potongan laser serta sulaman.

Elemen bunyi dan warna turut diterapkan dalam rekaan ini. Saya juga menggunakan teknik lapisan atau layering. Motif kebaya pula saya olahkan menjadi rekaan pakaian lelaki.
Danish Rizal / Graduan 2026 Rekaan Fesyen RMIT University

Danish turut menggunakan rantai manik kayu yang divarnis bukan setakat hiasan baju tetapi juga dililit dan dipegang oleh model beliau sebagai aksesori mengganti tas tangan.

Paling menarik, headpiece atau tanjak berwarna merah hati bak sekuntum bunga ros yang mekar menyerlah apabila dipadankan dengan warna baju yang bertona bumi.

Apakah inspirasi di sebalik pilihan dua warna ini?

Warna coklat bertona bumi ini diinspirasikan daripada seni bina rumah tradisional Melayu, manakala warna merah hati melambangkan keberanian. Itulah nilai yang ingin saya tonjolkan. Bagi saya, warna ini menjadi simbol semangat dan keberanian masyarakat Melayu.
Danish Rizal / Pereka Fesyen

Pensyarah Studio Reka Bentuk Fesyen RMIT University, Mandy Nichols, yakin para pelajarnya telah memperolehi pendidikan yang menyeluruh, namun pada masa yang sama mampu mendalami bidang tertentu mengikut minat masing-masing.

Tambah beliau, jurusan rekaan fesyen RMIT University mempunyai kelebihan tersendiri hasil kepelbagaian budaya bandar Melbourne.

Melbourne sememangnya sebuah bandar yang kaya dengan kepelbagaian budaya. Kami menerima pelajar dari seluruh dunia dan setiap seorang membawa bersama tenaga, idea serta perspektif yang dipengaruhi oleh latar belakang mereka. Suasananya benar-benar ibarat sebuah tempat pertemuan pelbagai budaya.
Mandy Nichols / Pensyarah Studio Reka Bentuk Fesyen RMIT University

Jadi apakah perancangan seterusnya bagi pereka fesyen berbakat dari Malaysia ini?

Jelas Danish, "Impian saya adalah untuk membina sebuah perniagaan yang lebih besar, lebih maju dan lebih berjaya."

"Itulah cita-cita saya sejak dahulu lagi," tambah beliau.

Malam ini memberi keyakinan kepada saya sebagai pereka fesyen muda untuk terus mengembangkan bakat dan membawa hasil rekaan saya ke industri fesyen Malaysia, malah ke peringkat antarabangsa.
Danish Rizal / Pereka Fesyen Generasi Baru

Koleksi graduan rekaan fesyen RMIT 2026 merangkumi pelbagai genre dan tema.

Apa yang jelas, golongan pereka fesyen generasi baru ini, termasuk Danish Rizal, pastinya mempertingkatkan lagi mutu, kreativiti dan keunikan dunia fesyen yang bakal mereka ceburi.


Latest podcast episodes

Follow SBS Malay

Download our apps

Listen to our podcasts

Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service

Stream now