Tanggal 31 Ogos, 2025 ini, genap 68 tahun sejak negara Malaysia mencapai kemerdekaan dari jajahan British. Sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, Komuniti Malaysia Victoria bakal mengajur Pesta Piala Merdeka yang akan melihat anak Malaysia bertanding dalam pelbagai acara sukan, termasuk liga sepak penalti, bowling, sepak takraw dan badminton. Zahari Afendi, co-penganjur Pesta Piala Merdeka tahun ini memberitahu Zaini Ahmad, sukan sememangnya suatu arena yang mampu mengeratkan lagi silatulrahim di kalangan warga Malaysia di perantauan.
PESTA PIALA MERDEKA
- Tarikh: 31 Ogos, 2025
- Lokasi: Burden Park, Springvale, Vic.
- 8.00 pagi hingga 5.00 ptg.
Pesta Piala Merdeka 2025 ini tidak hanya terhad kepada acara sukan sahaja.
Tak sahlah sekiranya warga Malaysia berkumpul tanpa menawarkan sajian hidangan popular dari tanahair.
Menurut Zahari Afendi, pesta tahun ini akan menyediakan lebih kurang 30 buah gerai makanan menawarkan pelbagai sajian popular di tanahair.
Tambah beliau, "Pelbagai hidangan akan ditawarkan kepada pengunjung yang berpeluang menikmati sajian istimewa dari utara ke selatan Semenanjung, juga dari negeri Sabah dan Sarawak."
Bagi mereka yang berminat mengambil bahagian, pusingan awal tiga acara sukan adalah seperti berikut;
Liga Sepak Penalti
Bakal berlansung di Tatterson Park, Keysborough, Vic. pada 23 Ogos, 2025, bermula jam 8.00 pagi.
Bowling
Bakal berlansung di Zone Bowling, Clayton, Vic., pada 16 ogos, 2025, bermula jam 11.00 pagi.
Badminton
Bakal berlansung di Badminton Connect, Noble Park, Vic., pada 30 Ogos, 2025, bermula jam 9.00 pagi.






