SKIP TO MAIN CONTENT

Jalur Gemilang Berkibar Di Perantauan Bangkitkan Patriotisme Warga Malaysia

Jalur Gemilang berkibar megah di Federation Square, Melbourne, sempena sambutan Hari Malaysia 2026. Credit: SBS Bahasa Melayu
Jalur Gemilang berkibar megah di Federation Square, Melbourne, sempena sambutan Hari Malaysia 2026. Credit: SBS Bahasa Melayu

Walaupun jauh di perantauan, warga Malaysia di Melbourne tetap menyambut Hari Malaysia dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang indah di Federation Square, di tengah-tengah ibu kota Victoria.


Published

By Zaini Ahmad

Presented by Zaini Ahmad

Source: SBS


Skip to podcast episode content

Walaupun jauh di perantauan, warga Malaysia di Melbourne tetap menyambut Hari Malaysia dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang indah di Federation Square, di tengah-tengah ibu kota Victoria.


Ikuti episod podcast menarik yang lain melalui SBS Bahasa Melayu.

Bagi Konsul Immigresen Malaysia di Australia, Md Adzharuddein Baharom, Hari Malaysia adalah satu sambutan yang sangat signifikan kerana ia adalah hari di mana semenanjung tanah Melayu menjadi satu bersama dengan Sabah dan Sarawak membentuk apa yang dikenali sebagai Malaysia pada hari.

Katanya, "Ia adalah satu gabungan bukan sahaja wilayah tetapi integrasi penduduk di antara wilayah-wilayah yang berkenaan, kesemuanya kini warga Malaysia."

Tambah Adzharuddein, menaikkan bendera Malaysia di Federation Square di tengah-tengah bandar Melbourne menimbulkan kebanggaan di kalangan warga Malaysia yang merantau.

Walaupun sambutan dibuat di luar negara tetapi program yang sebegini sangat menarik sebab ia dapat sedikit sebanyak menimbul atau menyerlahkan semangat patriotik kita, rasa cinta kita kepada Malaysia, tanahair kita.
Md Adzharuddein Baharom / Konsul Immigresen Malaysia di Australia

Pada persoalan yang mana satukah lebih istimiewa, Hari Kemerdekaan atau Hari Malaysia, Adzharuddein menjawab sebegini.

Hari Kemerdekaan adalah hari di mana kita bebas daripada penjajahan tetapi sambutan Hari Malaysia adalah hari di mana kita bergabung membentuk satu keluarga yang lebih besar.
Md Adzharuddein Baharom / Konsul Immigresen

Bagi Christina Chia, setelah lebih tiga dekad berada di Australia, semangat dan jiwa Malaysia tetap kukuh.

Katanya, "Hari Malaysia adalah sambutan kesatuan tanahair, di mana jua kita berada di seluruh dunia Malaysia sentiasa bersama kita."

Tambah Christina, beliau bangga dengan segala sumbangan warga Malaysia di Australia yang tidak henti mengharumkan nama baik tanahair tercinta.

Saya rasa sangat bangga untuk menjadi orang Malaysia. Saya tidak akan lupa asal usul saya. Di mana saya berada ialah kerana Malaysia, segala pencapaian kehidupan saya bermula di Malaysia.
Christina Chia / Usahawan

Menurut Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne, Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud, menaikkan Jalur Gemilang di Federation Square memberikan rasa kesyukuran kepada beliau.

Beliau berbesar hati dengan sambutan meriah oleh komuniti Malaysia yang turut hadir dalam upacara menaikkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini.

Kita bersyukur kerana kita dilahirkan di Malaysia, sebuah negara yang bagi saya adalah sebuah negara contoh di dunia ini dengan pelbagai kemakmuran, ketakjuban dan keamanan yang kita capai selama ini.
Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud / Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne

Harapan Nik Nasyron ialah semoga sambutan kali ini akan menjadi tradisi yang bakal melihat Jalur Gemilang dinaik dan berkibar megah di Federation Square di tengah-tengah bandar Melbourne pada tahun-tahun yang akan datang.

Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.


Latest podcast episodes

Follow SBS Malay

Download our apps

Listen to our podcasts

Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service

Stream now