Warga Malaysia di Australia Sambut Kemerdekaan Penuh Kemeriahan

Susulan Hari Kemerdekaan, Konsulat Jeneral Malaysia turut mengibarkan Jalur Gemilang di Federation Square, Melbourne, sempena sambutan Hari Malaysia. Credit: Consulate General Malaysia, Melbourne. Credit: Consulate General Malaysia, Melbourne.

Susulan Hari Kemerdekaan, Konsulat Jeneral Malaysia turut mengibarkan Jalur Gemilang di Federation Square, Melbourne, sempena sambutan Hari Malaysia. Credit: Consulate General Malaysia, Melbourne.

Tahun ini, Malaysia menyambut ulang tahun ke-68 sejak rakyatnya mengecapi kebebasan menentukan takdir dan kedaulatan negara tercinta tanpa pembabitan kuasa asing. Walaupun jauh di perantauan, warga Malaysia di Australia, khususnya di Melbourne, meraikan hari bersejarah ini dengan penuh kemeriahan. SBS Bahasa Melayu berpeluang menyambut tiga sambutan berasingan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68.


Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni menjadi tema Hari Kebangsaan Malaysia tahun 2025, sempena 68 tahun sejak negara mencapai kemerdekaan dari jajahan British.

Tema yang menekankan kepentingan kebajikan rakyat agar semua warga Malaysia merasai diri mereka dihormati, diambilpeduli dan terbilang dalam segala aspek pembangunan negara yang maju dan sejahtera.

Bagi warga Malaysia di Australia, khususnya di Melbourne, Hari Kemerdekaan tahun ini disambut dengan penuh kemeriahan.

Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne, di bawah kepimpinan Konsul Jeneral, Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud, menganjurkan tiga upacara rasmi sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2025.

Pertama, sebuah majlis menaikkan Jalur Gemilang di Konsulate Jeneral Malaysia di South Yarra yang dihadiri warga Malaysia berbilang kaum berpeluang menyanyikan lagu kebangsaan, Negara Ku, serta menyaksi persembahan tarian budaya dan nyanyian lagu patriotik oleh kumpulan koir pelajar Malaysia sambil menikmati sajian enak dari tanahair.

Menurut Nik Nasyron, intipati tema Hari Kemerdekaan tahun ini ialah supaya pihak kerajaan lebih mendekati rakyat agar semua warga Malaysia memahami erti kemerdekaan.

Tujuan saya mengadakan upacara menaikkan Jalur Gemilang ialah supaya kita sama-sama menyambut Hari Kemerdekaan dengan penuh suasana perpaduan.
Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud, Konsul Jeneral Malaysia, Melbourne.
Namun, warga Malaysia yang merantau ke Australia untuk mengubah nasib dan memulakan hidup baru juga tidak mahu ketinggalan menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini.

Komuniti Malaysia Victoria, dibawah naungan tiga penganjur, Zahari Afendi, Mohd. Kamal Ismail dan Solsila Abu Samah, menjayakan Pesta Piala Merdeka di Burden Park, Springvale, lebih kurang 40 kilometer dari pusat bandar Melbourne.

Pesta ini melihat aksi sukan, persembahan tarian budaya serta jualan pelbagai sajian dari tanahair oleh warga Malaysia sendiri.

Upacara ketiga pula, majlis bergelar Business Networking Reception, juga anjuran Konsulat Jeneral Malaysia.

Bertempat di Hotel Grand Hyatt di Collins Street, Melbourne, majlis cocktail ini bertujuan memperkenalkan warga Malaysia dengan para professional dalam pelbagai bidang di Australia.

Para hadirin turut dihiburkan dengan dendangan lagu Melayu oleh artis dan influencer, Cassidy La Creme.

Namun, sambutan berterusan pada tanggal 16 September, yang melihat warga Konsulat Jeneral menyertai upacara menaikkan Jalur Gemilang di Federation Square, Melbourne, sempena sambutan Hari Malaysia.

Rata-rata sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 dan Hari Malaysia 2025 disambut dengan penuh riang gembira oleh masyarakat majmuk Malaysia yang bersatu padu.


Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.


Share
Follow SBS Malay

Download our apps
SBS Audio
SBS On Demand

Listen to our podcasts
Independent news and stories connecting you to life in Australia and Malay-speaking Australians.
Ease into the English language and Australian culture. We make learning English convenient, fun and practical.
Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS
SBS World News

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service
Warga Malaysia di Australia Sambut Kemerdekaan Penuh Kemeriahan | SBS Malay