SKIP TO MAIN CONTENT

Mendidik Anak Anda Tentang Sejarah Dan Warisan Budaya Warga Pertama Australia

Learning about Australia’s First Nations is a process involving both child and parent
Kanak-kanak keturunan Asia membaca buku bersama ibunya di rumah. Perhubungan kekeluargaan yang sihat memupuk keluarga bahagia. Source: Moment RF / Oscar Wong/Getty Images

Membantu anak anda mengenali, memahami dan membina hubungan dengan budaya tertua di dunia yang masih berterusan sehingga kini adalah antara hadiah terbaik yang boleh anda beri kepada mereka. Namun, jika anda baru berpindah ke negara ini, anda mungkin tidak pasti di mana hendak bermula. Berikut adalah sumber pendidikan, aktiviti komuniti dan pengalaman harian yang mampu membantu anda sekeluarga mengenali dengan lebih dekat masyarakat, budaya dan sejarah warga pertama Australia.


Published

By Zaini Ahmad, Zoe Thomaidou

Presented by Zaini Ahmad

Source: SBS



Skip to podcast episode content

Membantu anak anda mengenali, memahami dan membina hubungan dengan budaya tertua di dunia yang masih berterusan sehingga kini adalah antara hadiah terbaik yang boleh anda beri kepada mereka. Namun, jika anda baru berpindah ke negara ini, anda mungkin tidak pasti di mana hendak bermula. Berikut adalah sumber pendidikan, aktiviti komuniti dan pengalaman harian yang mampu membantu anda sekeluarga mengenali dengan lebih dekat masyarakat, budaya dan sejarah warga pertama Australia.


Key Points

  • Mempelajari tentang Warga Pertama Australia adalah proses yang membabitkan seisi keluarga.
  • Sumber pendidikan mengenai kaum orang asli Australia yang bersesuaian untuk semua peringkat umur boleh didapati secara online.
  • Menyelidik sebelum melancong ke sesuatu destinasi domestik serta menghormati tapak kaum orang asli yang dilawati adalah cara untuk mengenali dan menghayati budaya dan warisan Warga Pertama Australia.
  • Membuat kesilapan tidak sengaja Adalah sebahagian proses pembelajaran, justeru teruskan dengan semangat ingin tahu serta ringankan mulut untuk bertanya.

Ikuti episod podcast menarik yang lain melalui SBS Bahasa Melayu.

Bagi mereka yang tinggal di Australia, sama ada dilahirkan di sini atau di luar negara, usaha ke arah pendamaian masih merupakan satu perjalanan yang berterusan.

Matlamatnya ialah untuk memperkukuh hubungan antara kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres dengan masyarakat umum yang asalnya berhijrah ke negara ini.

Apakah cara untuk memperkenalkan anak saya tentang warisan dan sejarah kaum orang asli?

Esma Livermore ialah seorang wanita Bigambul yang menganggotai pertubuhan Reconciliation Australia, badan utama negara ini yang menerajui usaha ke arah pendamaian.

Beliau berkata, jika anda baru tiba di Australia, mempelajari kepelbagaian budaya dan komuniti orang asli boleh membantu anda berasa lebih dekat dan terhubung dengan negara yang kini menjadi tempat tinggal baru anda.

Dan anda boleh bermula dengan sesuatu yang menyeronokkan serta mudah diakses, iaitu menonton siaran kaum orang asli di televisyen bersama keluarga.

Saranan beliau, "NITV, atau National Indigenous Television, mempunyai pelbagai program yang berkongsi cerita, budaya, sejarah dan pengalaman semasa masyarakat Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres."

Anda juga boleh menemui pelbagai kandungan kaum orang asli untuk ditonton secara percuma di SBS On Demand, termasuk siri animasi untuk kanak-kanak, dokumentari dan filem.

Selain menonton di skrin, anda juga boleh mencari acara dan aktiviti mesra keluarga yang dianjurkan oleh organisasi kaum Aboriginal dan Orang kepulauan Selat Torres di kawasan anda.

Katanya, "Anda boleh mencari sesuatu yang lebih mesra untuk kanak-kanak kecil, memilih kandungan yang sesuai dengan usia mereka yang meraikan budaya kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres, serta kepelbagaian masyarakat mereka."

"Pada pendapat saya, ini merupakan langkah pertama yang mudah untuk mula belajar dan memahami siapakah masyarakat Warga Pertama negara ini", tambah beliau.

Little J & Big Cuz
Little J & Big Cuz ialah siri kartun kanak-kanak yang boleh ditonton melalui SBS On Demand. Siri ini meraikan budaya kaum orang asli Australia. Source: SBS / NITV

Di manakah boleh saya ketahui tentang acara dan persembahan yang meraikan warisan kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres?

Selain menonton di skrin, anda juga boleh mencari acara dan aktiviti mesra keluarga yang dianjurkan oleh organisasi kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres di kawasan anda.

Esma Livermore mencadangkan dua acara penting yang boleh dihayati setiap tahun, iaitu Minggu NAIDOC pada bulan Julai dan Minggu Pendamaian Kebangsaan dari 27 Mei hingga 3 Jun.

Anda juga boleh turut menyertai upacara pengaluan kedatangan tetamu dalam Welcome to Country.

Ini memberi peluang untuk anda memahami perbezaan di antara upacara pengaluan kedatangan dengan Acknowledgment of Country, iaitu pemakluman bahawa kawasan yang didiami adalah bumi warisan di bawah penjagaan tradisional kaum orang asli negara ini.

upporting your child’s connection with the world’s oldest continuing living culture is one of the greatest gifts you can offer them while raising them in Australia.
Membantu anak anda mengenali, memahami dan membina hubungan dengan budaya tertua di dunia yang masih berterusan sehingga kini adalah antara hadiah terbaik yang boleh anda beri kepada mereka. Credit: MoMo Productions/Getty Images

Apakah wujud isi kandungan pendidikan untuk dipelajari secara online?

Pembelajaran juga boleh diteruskan di rumah dengan menggunakan sumber secara online yang meneroka sejarah, budaya dan perspektif kaum orang asli

SBS Learn mempunyai pelbagai kandungan yang disesuaikan dengan kurikulum pendidikan Australia, dari peringkat foundation hinggalah ke Tahun 12 dan boleh diterokai oleh keluarga bersama-sama di rumah.

Di Reconciliation Australia, Esma Livermore adalah seorang pengurus dalam program pendidikan Narragunnawali: Reconciliation in Education.

Program itu menyediakan pelbagai panduan dan sumber online untuk membantu ahli masyarakat yang berbeza, termasuk guru, pelajar dan ibu bapa untuk sama-sama melibatkan diri dalam usaha pendamaian lebih bermakna dengan kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres.

Cara mendekati warisan kaum orang asli ketika melancong dalam negeri.

Melancong bersama keluarga anda juga boleh menjadi satu lagi peluang untuk mempelajari lebih lanjut tentang komuniti warga pertama Australia.

Esma Livermore mencadangkan supaya anda menggunakan Peta Kaum Warga Pertama Australia (AIATSIS) di laman web Australian Institute of Aboriginal and Torres Strait Islander Studies sebelum mengunjungi sesuatu tempat yang baru.

Dengan menggunakan peta AIATSIS ini, anda boleh mengenal pasti kumpulan bahasa, masyarakat atau negara kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres yang mempunyai kaitan dengan kawasan yang bakal anda kunjungi.

Anda juga boleh membuat carian secara online untuk mengetahui lebih lanjut tentang istilah Country di kawasan yang dilawati, masyarakatnya dan tapak-tapak yang penting, serta mencari pengalaman bersama masyarakat orang asli yang boleh anda sertai sepanjang lawatan anda.

How can I introduce my child to Indigenous culture and history?
Apakah cara untuk memperkenalkan anak saya tentang budaya dan sejarah kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres? Source: iStockphoto / AnnaStills/Getty Images/iStockphoto

Bagaimana pula jika saya tersilap kata atau melanggar tata tertib masyarakat Warga Pertama Australia?

Esma Livermore berkata, keresahan ini perkara biasa dalam kalangan orang dewasa masyarakat umum, sama ada ibu bapa atau pendidik.

Namun, ia tidak sepatutnya menghalang anda daripada terus belajar, termasuk belajar daripada kesilapan sendiri.

Katanya, "Lebih baik mencuba daripada tidak melakukan apa-apa langsung."

"Saya rasa jika anda sekurang-kurangnya mencuba tetapi tersilap, mungkin ada warga emas atau elder suku kaum daripada masyarakat orang asli yang akan mengingat dan memberi petunjuk kepada anda", tambah beliau.

Langgani atau ikuti podcast Australia Explained untuk mendapatkan maklumat serta petua membantu anda memulakan hidup baru di Australia.

Apakah anda mempunyai pertanyaan atau ingin mengutarakan topik menarik? Email australiaexplained@sbs.com.au

Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.


Latest podcast episodes

Follow SBS Malay

Download our apps

Listen to our podcasts

Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service

Stream now