Kolonel Fazli Kenang Sumbangan Australia Ketika Darurat

Penasihat Pertahanan Malaysia di Australia, Kolonel Mahamad Fazli di Tugu Peringatan Peperangan, Canberra ACT.jpg. Credit: SBS Bahasa Melayu

Penasihat Pertahanan Malaysia di Australia, Kolonel Mahamad Fazli di Tugu Peringatan Peperangan, Canberra ACT. Credit: SBS Bahasa Melayu

Bagi Kolonel Mahamad Fazli Mat Idris, tanggal 31 Ogos bukan setakat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia. Ia juga peluang mengenang jasa dan sumbangan tentera Australia berganding bahu dengan perajurit tanahair pertahankan kedaulatan negara yang tercinta. Ikuti perbualan Kolonel Fazli bersama Zaini Ahmad.


31 Ogos, 2025, bukan setakat menanda ulangtahun ke-68 negara Malaysia mencapai kemerdekaan.

Malahan 31 Ogos tahun ini, genap 75 tahun sejak pasukan udara dan infanteri Australia dikerah ke Malaya membantu pertahankan tanah Melayu ketika zaman darurat.

Seramai 7,000 anggota tentera Australia dihantar ke Malaya ketika itu yang melihat 39 daripada bilangan ini terkorban.

Selaku Penasihat Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Kolonel Mahamad bin Mat Idris sentiasa memperingati jasa dan sumbangan pasukan tentera Australia yang berterusan sehingga kini.

Menurut beliau, "Kerjasama antara kedua-dua buah negara jelas terjalin melalui program kerjasama pertahanan dua hala atau the Malaysia-Australia Joint Defence Programme, MAJDP, yang ditubuhkan pada tahun 1992."

Antara aktiviti utama program ini termasuk latihan tentera gabungan yang dijalankan setiap tahun.

Juga, pertukaran dan kursus latihan untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia, ATM, yang dihantar ke Australia, manakala anggota tentera Australia pula dihantar ke pusat operasinya di Butterworth.

Jelas Kolonel Fazli, "Anggota Angkatan Tentera Malaysia bukan setakat di Canberra sahaja, malahan mereka juga dihantar ke seluruh Australia."

Sempena sambutan ulangtahun ke-68 Hari Kemerdekaan Malaysia, Kolonel Fazli menyaran semua warga Malaysia, khususnya generasi muda, supaya sentiasa menghayati sejarah serta memperingati pengorbanan generasi terdahulunya.

Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.

Share
Follow SBS Malay

Download our apps
SBS Audio
SBS On Demand

Listen to our podcasts
Independent news and stories connecting you to life in Australia and Malay-speaking Australians.
Ease into the English language and Australian culture. We make learning English convenient, fun and practical.
Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS
SBS World News

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service