Tajuk Utama
- Mendera darah ialah secara sukarela.
- Lifeblood Persatuan Palang Merah Australia mengurus segala urusan pendermaan darah.
- Lifeblood memerlukan stok darah dari penderma pelbagai bangsa bagi memenuhi kehendak penduduk Australia yang berbilang kaum.
- Jika anda kurang pastis sama anda anda layak menderma drah, sila hubungi talian hotline Lifeblood di 13 14 95.
Jika anda risau akan keselamatan dari sebarang jangkitan akibat menderma darah atau anda memerlukan transfusi darah, ini hakikatnya.
Australia adalah antara negara yang mempunyai bekalan tabung darah yang paling selamat di dunia.
Apakah yang terjadi pada darah yang anda derma?
Australia memerlukan 33,000 penderma darah setiap minggu bagi memenuhi keperluan pesakit di hospital.
Emily Granland ialah jurucakap pertubuhan Lifeblood, yang mengurus bekalan darah Persatuan Palang Merah Australia.
Menurut beliau, darah ialah satu-satunya produk yang mempunyai kepelbagaian guna.
Jelas Emily, "darah mampu menyelamat nyawa. ia juga mampu melanjutkan usia pesakit yang menerima rawatan, seperti pesakit barah. Malahan, pendermaan darah mampu membantu kepelbgaian penerima darah, termasuk mangsa kemalangan, wanita yang melahirkan anak serta bayi dalam kandungan."

Lifeblood memerlukan darah dari penderma kepelbagaian kaum untuk menampung keperluan penduduk Australia yang berbilang bangsa.
Siapa yang layak menderma darah?
Apakah antara faktor yang melarang sesetengah individu dari menderma darah?
Pertama, wanita hamil.
Juga, mereka yang mengalami strok atau masalah kesihatan lain.
Turut terkecuali, golongan yang menghidapi hemofilia di mana darah penghidap tidak mampu membeku dengan sempurna.
Dan penghidap talasemia yang mengakibatkan kesukaran penghasilan hemoglobin yang sihat.
Jika anda kurang pasti sama ada anda boleh menderma darah, sila hubungi talian bantuan Lifeblood di 13 14 95.

Frozen plasma in trolley - If you’re unsure whether you can donate, you can call the Lifeblood hotline on 13 14 95. Credit: /
Kenapa sesetengah orang sanggup menderma darah berulang kali?
Ed adalah seorang penderma darah yang telah melakukan bakti kebajikan ini sebanyak empat kali sejak tahun 2009.
Katanya, ramai yang tidak endah atau terfikir tentang kepetingan menderma darah kerana menganggap bekalan darah itu sentiasa ada.
Namun tambah beliau, "Bagi sesetengah pesakit yang memerlukan transfusi darah, pendermaan kadangkala bermakna perbezaan antara hidup dan mati."
Saya mempunyai kekawan dan sanak saudara yang telah menerima darah ketika di hospital. Justeru, saya menderma darah sebagai membalas jasa baik komuniti sekeliling.Ed, penderma berulang kali.
Apakah yang akan berlaku ketika temujanji pendermaan darah saya?
Lazimnya, temujanji pendermaan darah mengambl masa sejam, manakala pendermaan plasma darah, satu setengah jam.
Darah akan diambil melalui suntikan jarum di lengan anda selama beberapa minit.
Anda disaran meminum sekurang=kurangnya 12 gelas air sehari sebelum menderma darah, serta terus meminum air pada hari penderman bagi memastikan pengaliran darah yang sempurna.
Jika anda tidak fasih dalam Bahasa Inggeris, perkhidmatan penterjemah turut disediakan melalui telefon.
Pusat pendermaan darah turut menyediakan skrin peribadi serta penutup lengan, jika perlu.
Penderma juga akan dikehendaki mengisi borang maklumat peribadi serta ujian tekanan darah dan tahap zat besi akan dilakukan.

Darah O-negatif - Tak semua orang mampu menderma darah berulang kali. namun, hampir semua golongan masyarakat yang layak mampu menderma darah sekurang-kurangnya sekali.
Kenapa Lifeblood memerlukan penderma berbilang kaum?
Satu aspek penting pendermaan darah ialah dari segi latar belakang penderma.
Dr Rachel Thorpe, seorang Penyelidik Kanan Persatuan Palang Merah Australia menjelaskan, kini sebilangan besar penderma darah adalah daripada keturunan Eropah.
Apa yang diharapkan oleh Persatuan Palang Merah ialah kepelbagaian bangsa yang kini menggelar Australia negara mereka menjadi penderma darah agar bekalan darah yang sedia ada lebih mampan.
Tahukah anda bahawa darah boleh dibahagikan kepada lapan jenis utama?
Pastinya anda ketahui tentang jenis darah A-B-dan-O juga Rh.
Sebilangan besar warga dunia mempunyai darah jenis O-positif, diikuti dengan A-positif.
Menurut Dr Thorpe, variasi darah melebihi 300 jenis dan dari jumlah itu, ada jenis darah yang begitu sukar sekali diperolehi.
Salah satu jenis darah yang jarang ditemui dipanggil jenis darah JK-null.
Jenis ini jarang ditemui dan sering didapati dalam kalangan masyarakat Polinesia, Maori dan Filipina.
Menderma darah bersama rakan-rakan
Penderma darah berulangkali, Ed, sering membuat temujanji derma darah berkumpulan bersama rakan sekerjanya untuk memeransang dan memberi motivasi diri dan kekawan supaya turut menderma.

Pusat menderma darah Lifeblood, Persatuan Palang Merah Australia.
Di mana lokasi pusat pendermaan darah?
Persatuan Palang Merah menyediakan 88 pusat pendermaan darah tetap di seluruh Australia.
Lifeblood juga membuat lawatan serta menyediakan pusat pendermaan darah sementara di seluruh Australia.
Jika anda ingin menderma darah, sila hubungi 13 14 95.
Anda juga boleh membuat temu janji melalui aplikasi Donate Blood.
Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.
Anda mempunyai idea atau cadangan untuk episod Australia Explained seterusnya? Sila email cadangan anda kepada australiaexplained@sbs.com.au