Kavita Kecapi Kejayaan Sebagai Pendidik dan Usahawan di Australia

Kavita Chabra dari Johor penuhi hasrat untuk berjaya di luar negara pada majlis anugerah keusahawanan anjuran beliau di Melbourne. Credit: SBS Bahasa Melayu

Kavita Chabra dari Johor penuhi hasrat untuk berjaya di luar negara pada majlis anugerah keusahawanan anjuran beliau di Melbourne. Credit: SBS Bahasa Melayu

Sejak kecil lagi, warga Malaysia dari Johor ini mempunyai semangat perantau demi mencapai hasrat yang terpendam. Setelah menceburi pelbagai bidang di tanahair, beliau berhijrah ke Australia dan berjaya sebagai seorang pendidik dan usahawan. Ikuti apakah yang mendorong Kavita Chabra dalam perbualan beliau bersama Zaini Ahmad.


Bagi Kavita Chabra, pekerjaan pertama beliau selepas tamat persekolahan memupuk semangat disiplin, berdikari dan keazaman untuk terus berjaya tanpa mengaku kalah.

Dan apakah kerjaya pertama beliau ini?

"Saya menjadi seorang anggota polis di Singapura", jelas warga Malaysia keturunan Punjabi ini.

Apabila ditanya kenapa beliau tidak memilih untuk menjadi anggota pasukan Polis di Raja Malaysia, ini jawapan beliau.

Sebenarnya, sejak muda lagi saya menyimpan hasrat untuk merantau ke luar negara. Namun, ketika itu saya tidak ketahui bagaimana untuk berhijrah ke negara asing. Justeru, Singapura menjadi destinasi asing pertama saya kerana ianya bersebelahan dengan Malaysia.
Kavita Chabra, pendidik dan pengasas Urban Vegas Melbourne
Setelah melanjutkan pengajian beliau di sebuah universiti tempatan dan seterusnya di London, Kavita menceburi bidang kerjaya sebagai pereka grafik dan juga seorang guru.

Namun menurut beliau, "Peluang dalam bidang kerjaya seni dan kesusasteraan agak terhad di tanahair."

Macam di London, kita mempunyai peluang melawat pelbagai museum dan galeri seni. Lebih banyak tempat kesenian sebegini kita lawati, lebih banyak yang dapat dipelajari.
Kavita Chabra, pendidik / usahawan
Kini, setelah 19 tahun berhijrah ke Australia, Kavita Chabra berjaya sebagai seorang pendidik mengajar penuntut dari luar negara dalam bidang pengajian di Swinburne University, Melbourne.

Juga, selaku pengasas sebuah syarikat pengurusan majlis atau event management, Kavita berjaya mengajurkan majlis tahunan penganugerahan keusahawanan kepelbagaian budaya yang kini masuk tahun ke-empat.

Majlis tahunan bergelar "Top 100 Multicultural Innovation Business Leaders" ini meraikan kecemerlangan usahawan golongan migran di Australia yang berjaya dalam pelbagai bidang, termasuk kejuruteraan, kewangan, perubatan dan hospitaliti.

Ikuti perbualan Kavita Chabra sepenuhnya bersama SBS Bahasa Melayu untuk mengetahui apakah yang mendorong beliau demi mencapai kejayaan ini.

Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.

Share
Follow SBS Malay

Download our apps
SBS Audio
SBS On Demand

Listen to our podcasts
Independent news and stories connecting you to life in Australia and Malay-speaking Australians.
Ease into the English language and Australian culture. We make learning English convenient, fun and practical.
Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS
SBS World News

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service