Pemenang Pertandingan Batik Korporat Malaysia Airports Ada Kaitan Melbourne

Danish Rizal dipilih co-pemenang Pertandingan Batik Korporat anjuran Malaysia Airports Holdings Bhd. Credit: SBS Bahasa Melayu

Danish Rizal dipilih co-pemenang Pertandingan Batik Korporat anjuran Malaysia Airports Holdings Bhd. Credit: SBS Bahasa Melayu

Dalam usaha mencari pakaian seragam untuk kakitangannya yang melambangkan budaya negara, Malaysia Airports Holdings Berhad baru-baru ini menganjurkan Pertandingan Batik Korporat terbuka kepada pelajar reka fesyen tempatan. Keputusannya tidak terduga, namun apa yang menarik, ianya mempunyai kaitan dengan Melbourne.


Baju batik sinonim dengan Malaysia dan sesuai untuk pelbagai upacara, termasuk sebagai pakaian seragam.

Pemakaiannya amat selesa bergantung pada jenis kain, lebih-lebih lagi di negara tropika, seperti Malaysia.

Juga, corak batik boleh direka bagi melambangkan identiti korporat sesebuah pertubuhan.

Itulah disebalik pemikiran Dato' Mohd Izani Ghani, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad, menganjurkan Pertandingan Batik Korporat untuk kakitangan MAHB.

Menurut Dato' Izani, pertandingan sebegini adalah peluang bagi pelajar reka fesyen mendekati dunia korporat demi memperkembangkan kerjaya mereka.

Pertandingan Batik Korporat ini juga memberi peluang kepada pelajar reka-fesyen tempatan menjalin hubungan dengan dunia korporat.
Dato' Mohd Izani Ghani, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad
Panel hakim Pertandingan Batik Korporat ini diketuai oleh pereka fesyen terkemuka tanahair, Hatta Dolmat.

Hatta, selaku mentor pelajar yang bertanding, menerangkan bahawa apa yang dicari ialah rekaan batik asli, tulen dan unik yang melambangkan imej korporat MAHB.

Corak dan warna rekaan batik juga harus menyerlah dan mampu menarik perhatian ketika ianya diperagakan.

Kesemua pelajar menghasilkan dua rekaan pakaian seragam untuk kakitangan lelaki dan perempuan.

Rata-rata, hasil rekaan pelajar yang bertanding amat hebat dan akhirnya, panel hakim memilih dua peserta sebagai pemenang.

Tahniah kepada kedua-dua pemenang Pertandingan Batik Korporat MAHB, Danish Rizal, alumni Management and Science University Malaysia dan Sky Soom dari TAR University of Management and Technology.

Jelas Dato' Izani, MAHB akan menggabungkan elemen yang terbaik dari kedua-dua rekaan Danish dan Sky bagi menghasilkan pakaian seragam batik yang bercorak unik, menarik, selesa dipakai dan jelas melambangkan imej korporat Malaysia Airports kepada penumpang tempatan dan dari seluruh dunia yang tiba dan berlepas dari semua lapangan terbang antarabangsa di seluruh Malaysia.

Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.


Share
Follow SBS Malay

Download our apps
SBS Audio
SBS On Demand

Listen to our podcasts
Independent news and stories connecting you to life in Australia and Malay-speaking Australians.
Ease into the English language and Australian culture. We make learning English convenient, fun and practical.
Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS
SBS World News

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service
Pemenang Pertandingan Batik Korporat Malaysia Airports Ada Kaitan Melbourne | SBS Malay