Pesta Garma Papar Budaya Kaum Orang Asli Kepada Masyarakat Umum

Pesta Garma ke-25 yang berlansung di kawasan pendalaman bumi asli Gumatj. Credit: ALC.PNG

Pesta Garma ke-25 yang berlansung di kawasan pendalaman bumi asli Gumatj

Pesta Garma ke-25 yang berlansung di bumi asli Gumatj di Wilayah Northern Territory tahun ini berjaya menarik penyertaan warga Australia berbilang kaum dari seluruh negara.


Pesta empat hari ini berlansung di Arnhem land di suatu kawasan pendalaman Northern Territory, dihadiri ketua komuniti kaum orang asli, ahli politik, para artis dan pelawat berbilang kaum dan budaya dari seluruh Australia.

Artis dari sukuk aum Yolŋu, Dhambit Munuŋgurr, adalah salah seorang ahli seni yang memaparkan lukisan beliau di pesta garma tahun ini.

Lukisan beliau memaparkan mesej selaras dengan tema pesta Garma tahun ini, iaitu “The Law of the Land, Standing Firm”.

Menurut Munuŋgurr, "Ini ialah negara kami, bumi ini. Ini ialah permata Yolnu, suku kaum nenek moyang kami."
Munuŋgurr ialah salah seorang artis Australia terkemuka yang terkenal di seluruh dunia.

Sementara itu, Witiyana Marika, ahli musik dan pengasas kumpulan musik, Yothu Yindi, berpendapat pesta Garma ini bermanfaat bukan setakat untuk kaum orang asli sahaja, malahan juga untuk masyarakat umum.

Kata beliau, "Pesta ini adalah peluang warga berbilang kaum berkongsi pendapat sambil menghayati budaya kaum orang asli negara ini."

Manakala Sarah Doyle, seorang wanita dari suku kaum Birri Gubba di Utara Queensland, berpendapat Pesta Garma bukan setakat memapar dan meraikan budaya Warga Pertama Australia dengan penuh kemeriahan dengan komuniti lain.

Tambah beliau, "Pesta ini juga mampu memastikan budaya kaum orang asli dihayati oleh golongan muda semoga ianya berkekalan."

Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.


Share
Follow SBS Malay

Download our apps
SBS Audio
SBS On Demand

Listen to our podcasts
Independent news and stories connecting you to life in Australia and Malay-speaking Australians.
Ease into the English language and Australian culture. We make learning English convenient, fun and practical.
Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS
SBS World News

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service