Ramadan Mulia Ini Warga Melayu Melbourne Dalam Kesusahan Tidak Akan Dilupai Oleh Yayasan An Nur

Norasiah Hassan Simkin, pengasas Yayasan An Nur.pic.jpg

Norasiah Hassan Simkin, pengasas Yayasan An Nur, di kafe yang di miliki yayasan terbabit, hulurkan bantuan kepada warga Melayu yang menghadapi kesusahan.

Bulan Ramadan yang mulia kian menjelang dan bagi segelintir warga Melayu yang datang ke Australia, harapan untuk mengubah nasib kadangkala tidak tercapai. Bagi golongan ini, pelbagai kesusahan perlu diharungi dari segi masalah visa, tempat tinggal juga di mana untuk mendapat sesuap nasi. Mujurlah wujud beberapa pertubuhan amal di negara ini dan di Melbourne, khususnya di daerah selatan ibu negeri Victoria ini, warga Melayu dalam kesusahan sering memohon bantuan dari Yayasan An Nur. Yayasan ini ditubuhkan oleh seorang warga Malaysia yang berhijrah ke negara ini sejak beberapa dekad lalu, bertujuan membantu golongan muslimin dan muslimah yang memerlukan pertolongan. Sempena Ramadan tahun ini, Zaini Ahmad berbual dengan pengasas Yayasan An Nur, Norasiah Hassan Simkin, untuk mengetahui apakah program yang bakal dianjurkan oleh pertubuhan ini sepanjang bulan yang mulia dan selanjutnya.


PROGRAM BANTUAN MAKANAN YAYASAN AN NUR
  • Sepanjang bulan Ramadan 2025, makanan untuk berbuka akan diagihkan secara percuma antara jam 6.00 ptg. hingga 7.30 ptg.
  • Di luar bulan Ramadan, Yayasan An Nur mengagihkan makanan percuma setiap Rabu jam 6.00 ptg. hingga 7.00 ptg.
  • Lokasi pengagihan makanan sepanjang bulan Ramadan dan seterusnya ialah di Dandenong Market, Dandenong, Victoria.

Share
Follow SBS Malay

Download our apps
SBS Audio
SBS On Demand

Listen to our podcasts
Independent news and stories connecting you to life in Australia and Malay-speaking Australians.
Ease into the English language and Australian culture. We make learning English convenient, fun and practical.
Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS
SBS World News

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service
Ramadan Mulia Ini Warga Melayu Melbourne Dalam Kesusahan Tidak Akan Dilupai Oleh Yayasan An Nur | SBS Malay