Tanggal 21 Disember ini bakal berlansung sebuah pementasan drama sci-fi ala Back To The Future anjuran Badan Perhubungan Melbourne, yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Kelab UMNO Luar Negara dengan cawangan Australia di Melbourne, Sydney dan Brisbane serta di United Kingdom, Mesir dan Indonesia. Takdir menceritakan kisah seorang suami yang mencipta mesin merentasi masa atau time travel machine bertujuan mengubah nasib menyelamatkan isteri beliau. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pementasan Takdir, ikuti perbualan Zaini Ahmad dengan Pengarah Pementasan atau Play Director drama sci-fi ini, Nur Diana Shahuriy.
Pementasan drama sci-fi Takdir bakal berlansung seperti berikut:
Tarikh: Sabtu, 21 Disember, 2024
Waktu Pementasan: 8.00 malam hingga 10.00 malam
Venue: Theatrette di State Library of Victoria
Swanston Street, Melbourne, VIC
Harga Tiket: $25.00 seorang / $110.00 untuk 5 orang
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Badan Perhubungan Melbourne melalui akaun Instagram @bpmelb






