Australia Sekat Remaja 16 Tahun Ke-Bawah Memiliki Akaun YouTube

Kerajaan Australia mengumumkan larangan ke atas remaja 16 tahun ke bawah dari memiliki akaun YouTube.

Kerajaan Australia mengumumkan larangan ke atas remaja 16 tahun ke bawah dari memiliki akaun YouTube. Credit: AP

Australia menjadi negara pertama di dunia mengenakan larangan ke atas remaja 16 tahun ke bawah dari memiliki akaun YouTube. Larangan ini selaras dengan langkah kerajaan Australia melindungi golongan remaja dan kanak-kanak kecil dari menjadi mangsa pencabulan dan penderaan seksual yang kini wujud di laman web.


Kerajaan Australia mengumumkan mulai 10 Disember, 2025, remaja 16 tahun ke bawah di negara ini tidak lagi akan dibenarkan mendaftar atau memiliki akaun persendirian YouTube.

Larangan ini dibuat ekoran nasihat dari Pesuruhjaya eKeselamatan Australia, Julie Inman Grant.

Menurut Grant, Google, selaku pemilik YouTube, dan pemilik laman web yang lain masih berterusan "menutup mata" terhadap bahan-bahan lucah membabitkan kanak-kanak yang wujud dalam semua platform media sosial.

Tambah beliau, "YouTube, terutamanya, gagal menjawab segala pertanyaan yang diutarakan oleh suruhanjaya eKeselamatan."

Dalam laporan beliau, Pesuruhjaya eKeselamatan Australia mendakwa YouTube dan Apple, antara syarikat lain, gagal mengesan jumlah aduan pengguna yang melapor penyiaran bahan lucah membabitkan kanak-kanak serta tempoh yang berlalu sebelum tindakan diambil.

Menteri Komunikasi, Anika Wells, menegaskan bukti menunjuk bahawa empat dalam sepuluh kanak-kanak Australia telah mengalami ancaman dan tekanan akibat melayari laman web, termasuk YouTube.

Jelas beliau, remaja 16 tahun ke bawah masih tetap akan mempunyai akses untuk menonton isi kandungan YouTube.

Sementara itu, pemilik YouTube, Syarikat Google, mengancam menyaman kerajaan Australia akibat larangan ini.

Manakala pengasas Digital Rights watch, Lizzie O'Shea, mendakwa larangan sebegini tidak berkesan.

Kata beliau, "Kerajaan Australia terlepas peluang membuat perubahan yang lebih berkesan dari segi mengubahsuai model perniagaan syarikat gergasi media sosial di negara ini bagi menyekat unsur-unsur negatif dari berterusan."

Larangan terhadap pendaftaran dan pemilikan akaun peribadi YouTube oleh remaja 16 tahun ke bawah berkuatkuasa 10 Disember, 2025.

Share
Follow SBS Malay

Download our apps
SBS Audio
SBS On Demand

Listen to our podcasts
Independent news and stories connecting you to life in Australia and Malay-speaking Australians.
Ease into the English language and Australian culture. We make learning English convenient, fun and practical.
Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS
SBS World News

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service
Australia Sekat Remaja 16 Tahun Ke-Bawah Memiliki Akaun YouTube | SBS Malay