Watch FIFA World Cup 2026™

LIVE, FREE and EXCLUSIVE

Pembangkang Dikecam Kaitkan Migran Dengan Masalah Ekonomi

Ketua Parti Liberal, Angus Taylor, menyampai ucapan balasan belanjawan 2026-27 di Parlimen. Credit: AAP

Ketua Parti Liberal, Angus Taylor, menyampai ucapan balasan belanjawan 2026-27 di Parlimen. Credit: AAP

Ketua Pembangkang Parti Coalition, Angus Taylor, menyampaikan ucapan balasan belanjawan beliau dengan janji memperketatkan kawalan bilangan migrasi serta melarang penduduk Australia bukan warganegara daripada mengakses pembayaran kebajikan. Pengkritik berkata parti pembangkang ingin menyalahkan golongan migran atas masalah ekonomi Australia, manakala parti anti-immigresen, One Nation. menuduh pembangkang meniru polisi dasar mereka.


Published

By Zaini Ahmad, Sydney Lang

Presented by Zaini Ahmad

Source: SBS



Share this with family and friends


Ketua Pembangkang Parti Coalition, Angus Taylor, menyampaikan ucapan balasan belanjawan beliau dengan janji memperketatkan kawalan bilangan migrasi serta melarang penduduk Australia bukan warganegara daripada mengakses pembayaran kebajikan. Pengkritik berkata parti pembangkang ingin menyalahkan golongan migran atas masalah ekonomi Australia, manakala parti anti-immigresen, One Nation. menuduh pembangkang meniru polisi dasar mereka.


Ikuti episod podcast menarik yang lain melalui SBS Bahasa Melayu.

Dalam ucapan balasan belanjawan pertama beliau di parlimen, ketua Parti Liberal, Angus Taylor, mengumumkan rancangan untuk memberi tumpuan kepada perumahan, migrasi dan cukai.

Katanya, visi gabungan pembangkang untuk Australia adalah lebih adil, lebih bebas dan lebih baik.

Sebuah Australia di mana kos kehidupan mampu ditanggung. Sebuah Australia yang mempunyai kos bahan tenaga murah dan mencukupi. Sebuah Australia di mana industri berkembang maju dan perniagaan melonjak. Sebuah Australia di mana kita berinovasi, menghasil dan membina sesuatu dengan penuh cita-cita dan tekad.
Angus Taylor, Ketua Parti Liberal

Satu elemen utama dalam ucapan balasan belanjawan Taylor ialah mengaitkan jumlah bilangan migrasi dengan isu masalah perumahan.

Menurut Taylor, di bawah kerajaan Coalition, Menteri Perumahan akan diwajibkan membentang laporan tahunan jumlah rumah baru yang siap dibina dalam tahun sebelumnya.

Jumlah itu kemudiannya akan dijadikan had bilangan migrasi bersih dari luar negara ke Australia.

Malam ini, saya mengumumkan dasar immigresen yang mengutamakan rakyat Australia. Gabungan pembangkang akan menghadkan jumlah bilangan immigresen berdasarkan bilangan rumah yang dibina setiap tahun. Kerajaan tidak akan lagi dibenarkan membawa masuk lebih ramai orang daripada kemampuan sistem perumahan kita,
Angus Taylor, ketua pembangkang

Taylor berjanji bahawa jika dipilih, penduduk bukan warganegara termasuk mereka yang hanya mempunyai hak bermastautin tetap akan dihalang daripada mengakses 17 jenis bantuan kebajikan.

Ketika ini, NDIS tersedia kepada pemilik PR dan pemegang visa Protected Special Category.

Namun, perancangan ini dikecam pelbagai pihak, termasuk dari Ketua Parti Greens, Mehreen Faruqi, yang menegaskan golongan migran bukanlah punca krisis kos sara hidup di Australia.

Amat memalukan apabila Parti Liberal sanggup merendahkan diri semata-mata untuk menjadi lebih rasis daripada parti anti-immigresen, One Nation. Berita untuk Angus Taylor: golongan migran berhak mendapat jaringan keselamatan yang sama seperti orang lain. Golongan migran turut merasai krisis perumahan, krisis kos sara hidup dan krisis gaji yang sama seperti orang lain, yang berpunca daripada sokongan Parti Buruh dan Liberal terhadap perang berpanjangan Trump serta keengganan mereka sepenuhnya untuk mengenakan cukai ke atas golongan kaya bagi membiayai perkhidmatan sosial dan perumahan awam dengan sewajarnya.
Mehreen Faruqi, Ketua Parti Greens

Zaki Abdul Rahman adalah antara warga Melayu yang berhijrah ke Australia untuk memulakan hidup baru, kini menetap di Melbourne selama dua tahun.

Beliau kecewa dengan kenyataan ketua Parti Liberal itu, menyifatkannya sebagai langkah yang mampu memecahbelahkan penduduk negara ini.

Sejak tiba di Australia, Zaki menceburi diri dalam bidang terjemahan serta menjadi usahawan kecil bersama beberapa rakan menawarkan perkhidmatan pencucian rumah sewa.

Katanya, golongan migran menyumbang kepada ekonomi negara serta memperkayakan lagi budaya negara ini.

Golongan migran merancakkan ekonomi serta pemasaran. Juga mempelbagaikan budaya (negara ini) dari segi pemakanan. Juga dari segi budaya orang Asia yang mempunyai kemahiran mereka tersendiri.
Zaki Abdul Rahman, warga Johor/Singapura yang kini menetap di Melbourne

Sebagai reaksi terhadap ucapan balasan belanjawan itu, Menteri Kewangan. Jim Chalmers, berkata apa yang dibentangkan Angus Taylor bukanlah pelan ekonomi yang serius.

Pelan kami adalah untuk memperkukuh ekonomi. Pelan Angus Taylor pula adalah helah untuk mengekang One Nation. Apa yang kita lihat daripada Angus Taylor bukanlah ucapan balasan belanjawan. Ianya resipi Angus Taylor yang bakal melihat inflasi lebih tinggi, defisit lebih besar, hutang lebih tinggi dan lebih banyak perpecahan dalam masyarakat kita.
Jim Chalmers, Menteri Kewangan

Bagi Zaki Abdul Rahman, retorik ketua pembangkang itu semata-mata untuk meraih sokongan daripada warga Australia yang mempunyai pemahaman yang sama.

Dia (Taylor) nak jaga penyokong dia. Kita pun tahu di mana kekuatan kita dan (sebagai golongan migran) kita sedia menyumbang di mana saja sumbangan ini diperlukan.
Zaki Abdul Rahman, penterjemah dan usahawan kecil

Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.


Latest podcast episodes

Follow SBS Malay

Download our apps

Listen to our podcasts

Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service

Watch now