Memahami Tuntutan Perjanjian Warga Pertama Australia: Apa Yang Perlu Diketahui

Perwakilan Warga Pertama berkumpul di Taman Parlimen Victoria

Perwakilan Warga Pertama berkumpul di Taman Parlimen Victoria Credit: Tamati Smith/Getty Images

Australia ialah tanahair kepada kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres, memiliki budaya tersendiri yang berterusan dan tertua di dunia. Namun, tidak seperti negara lain, Australia masih belum mencapai sebarang perjanjian kebangsaan yang mengiktiraf masyarakat orang asli sebagai Warga Pertama negara ini, mahupun mengiktiraf hak-hak mereka. Jadi, apakah yang dimaksudkan sebagai perjanjian atau 'treaty', kenapa ianya penting kepada kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres serta apakah situasi sebenarnya yang wujud di Australia ketika ini.


Tajuk Utama
  • Perjanjian itu ialah sesuatu persetujuan rasmi di antara pihak kerajaan Australia dengan kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres.
  • Sebilangan besar kaum Warga Pertama menganggap perjanjian itu sebagai langkah terhadap pencapaian keadilan, kehormatan dan perhubungan yang lebih bernas di antara kesemua pihak.
  • Perjanjian kebangsaan mampu membentuk persetujuan sekata mengiktirafkan hak kesemua kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres di seluruh Australia.
Istilah perjanjian atau treaty yang sering diperbahaskan ialah suatu perjanjian sah di bawah undang-undang yang dipersetujui oleh kumpulan atau pihak bertentangan.

Umpamanya, di antara kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres dengan kerajaan Australia.

Apabila pihak British mula menetap di benua yang telah pun didiami oleh kaum orang asli negara ini, mereka mengisytiharkan bumi ini sebagai terra nullius yang bermaksud tanah yang tidak didiami oleh sesiapa.

Pucuk pangkalnya, pendatang British merasakan mereka tidak perlu berunding dengan kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres kerana mengikut anggapan mereka, benua ini tidak dimiliki oleh sesiapa.

Inilah punca percanggahan dan pertelingkahan yang dianggap masih lagi belum selesai oleh kaum orang asli negara ini yang sewajarnya digelar Warga Pertama Australia.

Kini, ramai yang berpendapat sudah tiba masanya perjanjian atau treaty dipersetujui.

Apakah perbezaan di antara hak milik tanah, hak milik asli dan perjanjian?

Walaupun ketiga-tiga istilah ini sering disebut bersama, makna setiapnya adalah berbeza:
  • Hak milik tanah: Perundangan yang diluluskan oleh parlimen untuk memulangkan tanah hak milik kerajaan kepada kaum Aboriginal dan Orang kepualan Selat Torres dan lazimnya, tanah ini diuruskan oleh majlis urusan tanah kaum orang asli sendiri.
  • Hak milik asli: Pengiktirafan rasmi di bawah undang-undang bahawa sesetengah suku kaum asli masih mempunyai hak ke atas bumi dan perairan yang didiami mereka selaras dengan undang-undang dan warisan tradisional kaum orang asli.
  • Perjanjian: Perjanjian rasmi di antara pihak kerajaan dengan Warga Pertama Australia.   
Ketiga-tiga istilah ini bertujuan memastikan keadilan, pengiktirafan dan kedaulatan Warga Pertama negara ini.
Kaum orang asli berhimpun di sambutan Hari Australia.
Penunjuk perasaan berarak ke Parlimen Victoria dari Stesen Flinders Street ketika demonstrasi menuntut perjanjian sebelum pungutan suara pada 26 January, 2023, di Melbourne, Australia. (Photo by Alexi J. Rosenfeld/Getty Images) Credit: Alexi J. Rosenfeld/Getty Images

Apakah kesan kewujudan perjanjian di Australia?

Sebarang perjanjian akan berasaskan pengiktirafan kedaulatan kaum orang asli negara ini, merangkumi pelbagai isu.

Ini termasuk persetujuan berkaitan perkongsian tanah, sumber alam semulajadi serta pentadbiran dan urusan bersama di antara kaum orang asli dengan pihak kerajaan.

Tidak seperti Amerika Syarikat, Kanada atau New Zealand, Australia masih belum mencapai sebarang perjanjian dengan Warga Pertama negara ini.

Dari sudut pandangan masyarakat orang asli, perjanjian bererti pengiktirafan terhadap segala yang telah wujud sejak berpuluh ribu tahun lalu sebelum kedatangan orang kulit putih.

Perjanjian juga memastikan perlindungan hak asasi kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres serta memberi suara dan kuasa untuk menetukan masa depan mereka sendiri.
Dr Harry Hobbs ialah seorang pakar perundangan dan menurut beliau, perjanjian seharusnya dirunding dan dipersetujui di antara kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres dengan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Tambah beliau, "Perlembagaan Australia membuat peruntukan membahagikan kuasa di antara parlimen persekutuan dan parlimen negeri.”
Lelaki dan wanita suku kaum asli bergambar di hadapan mural memaparkan perarakan masyarakat orang asli menuntut hak mereka.
(Kiri-ke-kanan) Bekas pengerusi Suruhanjaya Penyiasatan Kebenaran dan Penyembuhan, Joshua Creamer, Pesuruhjaya Perjanjian NSW, Naomi Moran, dan co-Pengerusi Perwakilan Warga Pertama Victoria, Ngarra Murray. Credit: NITV / The Point

Kenapa pencapaian persetujuan itu penting?

Kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres yakin perjanjian atau treaty ialah suatu langkah menuju keadilan, penghormatan dan kedaulatan kaum dan bangsa mereka.

Reuben Berg ialah seorang ahli kanan suku kaum Gunditjmara dan menurut beliau, "Pencapaian perjanjian itu amat penting kerana ia menetapkan semula hubungan antara Warga Pertama negara ini dengan pihak kerajaan, sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat persekutuan.”

Penyokong perjanjian berpendapat bahawa ianya mampu mencetus perubahan besar dalam pelbagai aspek.

Umpamanya, perjanjian mampu mengiktirafkan secara rasmi bahawa kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres sebagai Warga Pertama Australia.

Ia juga mewujudkan ruang untuk sejarah penjajahan negara ini diakui secara terbuka dan sepenuhnya.

Sementara itu, Senator Lidia Thorpe, dari suku kaum Gunnai, Gunditjmara dan Djab Wurrung ialah antara penyokong kuat yang tidak teragak untuk menyuarakan secara lantang sokongan beliau terhadap pencapaian perjanjian atau treaty ini.
Kita perlu mempunyai perwakilan puak dan bangsa di peringkat kerajaan tempatan. Di komuniti tempatanlah kita mampu melaksanakan perubahan sebenar.
Senator Lidia Thorpe
Sesi perbahasan dan soal jawab di Dewan Parlimen.
Senator Lidia Thorpe berucap ketika sesi soal jawab di Dewan Senat, Parlimen Australia di Canberra. Source: AAP / MICK TSIKAS/AAPIMAGE

Apakah langkah seterusnya?

Di Victoria, proses perjanjian kini berlansung dengan lancar di peringkat negeri.

Persetujuan muktamad dijangka tercapai pada penghujung 2025.

Perbincangan ini terdiri daripada kumpulan mewakili kaum orang asli yang digelar Perwakilan Warga Pertama Victoria atau the First Peoples’ Assembly of Victoria.

Perwakilan ini bertujuan mencapai perjanjian yang bakal memberi kaum orang asli negeri Victoria suara tetap dalam segala pembentukan undang-undang serta dasar dan polisi yang membabitkan kaum orang asli.

Manakala di Queensland, New South Wales, South Australia dan wilayah Northern Territory, perkembangan rundingan perjanjian atau treaty berada pada tahap berbeza.

Di sesetengah negeri rundingan dengan kaum orang asli wilayah terbabit kini telah dimulakan, manakala negeri lain masih lagi mempertimbangkan langkah seterusnya.

Perjanjian peringkat kebangsaan akan mewujudkan suatu persetujuan untuk seluruh Australia, manakala perjanjian peringkat negeri dan wilayah memberi tumpuan kepada keutamaan serta keperluan komuniti negeri atau wilyah terbabit.

Penyokong dan pejuang kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres yakin bahawa Australia memerlukan kedua-dua jenis perjanjian di peringkat kebangsaan dan peringkat negeri bagi memastikan perubahan sebenar yang berkekalan.

Memandangkan setiap komuniti mempunyai sejarah dan keperluan tersendiri, apa yang pasti, setiap perjanjian pastinya dirangka dengan berbeza mengambil kira keperluan dan kehendak masyarakat Warga Pertama Australia yang berbeza.

Justeru, selain daripada makna undang-undang, perjanjian atau treaty juga mempunyai kaitan dengan perhubungan bagaimana rakyat Australia, sama ada kaum orang asli mahupun golongan pendatang, bakal memilih cara hidup mereka sendiri sambil bekerjasama dengan masyarakat lain demi keharmonian negara.

Perjanjian atau Treaty boleh dianggap sebagai langkah yang diambil oleh Australia untuk menjadi sebuah negara yang lebih adil, saksama dan bersatu, di mana setiap komuniti mempunyai tempat dan hak masing-masing.

Episod ini mengandungi petikan audio daripada program TV Living Black – The Case for a Treaty yang pertama kali disiarkan pada Julai 2025. Anda boleh menonton episod sepenuhnya melalui SBS On Demand.

Stream free On Demand

Thumbnail of The Case For A Treaty

The Case For A Treaty

episode Living Black • 
News And Current Affairs • 
34m
episode Living Black • 
News And Current Affairs • 
34m
Sila langgani atau ikuti podcast Australia Explained untuk mendapatkan maklumat serta petua berguna bagi membantu anda menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di Australia.
Apakah anda mempunyai pertanyaan atau cadangan topik atau isu seterusnya?
Hantarkan e-mel kepada kami di australiaexplained@sbs.com.au

Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.

Share
Follow SBS Malay

Download our apps
SBS Audio
SBS On Demand

Listen to our podcasts
Independent news and stories connecting you to life in Australia and Malay-speaking Australians.
Ease into the English language and Australian culture. We make learning English convenient, fun and practical.
Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS
SBS World News

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service