Watch FIFA World Cup 2026™

LIVE, FREE and EXCLUSIVE

Piala Dunia FIFA 2026 - Pembuka Tirai

Pelbagai isu menghantui Piala Dunia FIFA 2026. Credit: SBS News

Pelbagai isu menghantui Piala Dunia FIFA 2026. Credit: Caroline Huang / SBS

Dari detik-detik yang pasti tidak akan dilupakan, pemain-pemain utama dan bakat baru, serta kontroversi perlawanan, SBS Bahasa Melayu akan membawakan anda topik dan isu menarik sepanjang Piala Dunia FIFA 2026. Buat permulaan, kita lihat beberapa kontroversi yang menghantui kejohanan ini dari kemajuan teknologi, kenaikan mendadak harga tiket serta kebimbangan isu hak asasi manusia yang mungkin timbul sepanjang kejohanan berlansung.


Published

By Zaini Ahmad, Haylena Krishnamoorthy, Allan Lee

Presented by Zaini Ahmad

Source: SBS



Share this with family and friends


Dari detik-detik yang pasti tidak akan dilupakan, pemain-pemain utama dan bakat baru, serta kontroversi perlawanan, SBS Bahasa Melayu akan membawakan anda topik dan isu menarik sepanjang Piala Dunia FIFA 2026. Buat permulaan, kita lihat beberapa kontroversi yang menghantui kejohanan ini dari kemajuan teknologi, kenaikan mendadak harga tiket serta kebimbangan isu hak asasi manusia yang mungkin timbul sepanjang kejohanan berlansung.


Ikuti episod podcast menarik yang lain melalui SBS Bahasa Melayu

Piala Dunia kali ini sudah pun digambarkan sebagai kejohanan paling maju dari segi teknologi yang pernah dianjurkan.

Dan di tengah-tengah evolusi ini ialah penggunaan AI, serta kontroversi yang mengelilingi teknologiVideo Assistant Referee, lebih dikenali sebagai sistem VAR.

Ia membabitkan sistem pengadilan yang lebih pintar, bola sepak yang dilengkapi sensor dan analisis data berasaskan AI yang direka untuk mengubah cara permainan dimain, diadili dan ditonton.

Seperti yang kita sedia maklum, sokongan kamera offside separa automatik akan digunakan dan cip yang dipasang di dalam bola akan menjejaki setiap sentuhan dan setiap pergerakan. Ini akan meningkatkan keseluruhan analitik bagi pengalaman tontonan untuk peminat dan penyiar kerana lebih daripada 45 kamera akan digunakan
Shaji Prabhakaran, Eksekutif Konfederasi Bola Sepak Asia & Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan

Pada Piala Dunia kali ini, sistem terbabit akan berfungsi bersama sensor yang tertanam di dalam bola perlawanan rasmi.

Sensor ini mampu mengesan detik tepat bola disentuh, sekaligus memberikan satu lagi lapisan data kepada pegawai perlawanan ketika membuat keputusan berkaitan offside.

Secara mudahnya, pengadil akan mempunyai lebih banyak maklumat berbanding sebelum ini.

Dan ya, ini juga bermakna bola perlawanan bukan sahaja memerlukan angin sebelum sepakan pertama dilakukan.

Ia juga memerlukan kuasa bateri.

FIFA turut memperkenalkan alat analisis pemain berasaskan AI, model pemain maya tiga dimensi, serta grafik siaran yang dipertingkatkan bagi memberikan peminat pemahaman yang lebih mendalam tentang perlawanan ketika ia berlangsung.

Dengan avatar pemain 3D yang dipacu AI, kami memperkenalkan pengenalpastian dan penjejakan pemain yang lebih tepat, menghasilkan imej yang lebih baik, keputusan pengadil yang lebih pantas dan pemahaman yang lebih jelas oleh semua pihak.
Gianni Infantino, Presiden FIFA

Tiket Piala Dunia tahun ini jauh lebih mahal berbanding Piala Dunia Qatar 2022.

Ini kerana kejohanan kali ini merupakan Piala Dunia Lelaki FIFA pertama yang menggunakan sistem harga dinamik untuk menetukan kos tiket.

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan harga dinamik?

Ianya sistem yang membolehkan harga tiket naik-turun berdasarkan permintaan.

Setakat Jun ini, tiket paling murah untuk perlawanan Socceroos menentang Turkiye berharga sekitar AUD$529, manakala tiket bagi perlawanan menentang Amerika Syarikat dijual pada harga melebihi AUD$1,000.

Ini merupakan peningkatan yang ketara berbanding harga tiket FIFA pada Piala Dunia Qatar 2022, apabila tiket untuk menyaksikan Socceroos secara amnya berharga antara AUD$100 hingga AUD$320.

Di luar padang, timbul pula isu hak asasi manusia di Amerika Syarikat ketika ini.

Pertubuhan hak asasi mahu Piala Dunia digunakan sebagai platform untuk menonjolkan isu-isu lain yang berlaku di negara tuan rumah.

Zaki Haidari ialah seorang aktivis Amnesty International Australia.

Beliau berkata serbuan imigresen berskala besar di Amerika Syarikat dan penahanan beramai-ramai, termasuk warganegara dan penduduknya sendiri mewujudkan risiko keselamatan yang perlu ditangani.

Seruan kami kepada kerajaan Amerika Syarikat dan FIFA ialah agar sepanjang perlawanan ini berlansung, penahanan sewenang-wenangnya oleh agensi ICE dihentikan. Orang ramai seharusnya mempunyai hak untuk berasa bebas dan dilindungi ketika mereka mengambil bahagian dalam acara ini
Zaki Haidari, Amnesty International Australia

Dari penggunaan teknologi terkini ke isu hak asasi manusia di Amerika Syarikat, Piala Dunia 2026 nampak gaya menimbulkan pelbagai isu yang jauh lebih besar daripada sekadar permainan bola sepak.

Untuk berita terkini Piala Dunia FIFA 2026, ikuti SBS Bahasa Melayu di mana sahaja anda mendapatkan podcast anda.

Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.


Latest podcast episodes

Follow SBS Malay

Download our apps

Listen to our podcasts

Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service

Stream now