Sukan Orang Asli di Australia: Identiti, Budaya dan Warisan

Lydia Williams menangkap bola dalam perlawanan bola sepak Matilda - Image Tiffany Williams.jpg

Lydia Williams menangkap bola dalam perlawanan bola sepak Matilda. Credit: Joseph Mayers Photography

Ahli olahraga orang asli sememangnya sekian lama menjadi inspirasi kepada negara, menyatupadukan komuniti serta membentuk identiti. Olahragawan Olimpik, Kyle Vander-Kuyp dan penjaga gol Matildas, Lydia Williams, adalah dua ahli sukan orang asli yang berjaya membentuk identiti sukan kebangsaan negara ini serta memupuk keterangkuman, kesaksamaan dan kebanggaan dalam arena sukan untuk generasi akan datang.


Tajuk Utama
  • Kyle Vander-Kuyp, dari suku kaum Worimi and Yuin, mewakili Australia dalam acara lompat pagar 110 meter di temasya sukan Olimpik Atlanta pada tahun 1996 dan Sydney pada tahun 2000.
  • Lydia Williams, wanita kaum Noongar, mewakili Australia sebagai penjaga gol pasukan bola speak kebangsaan, Matildas, dari tahun 2005 hingga 2024.
Sejak beberapa dekad lalu, ramai olahraga orang asli mencapai kemuncak tertinggi dan dunia sukan profesional.

Antaranya, pelari lompat pagar Olimpik, Kyle Vander-Kuyp, pemain bola sepak profesional, Lydia Williams, and olahragawati lagenda, Cathy Freeman.

Mereka bukan setakat mewakili Australia, malahan, melambangkan harapan dan kebanggaan kaum orang asli di persada sukan antarabangsa.

Bagaimana atlit orang asli menjadi inspirasi kepada generasi muda?

Mencapai kemuncak sukan profesional memerlukan latihan bertahun serta dedikasi untuk mencapai impian mewakili negara.

Bagi atlit orang asli Australia, seperti pemain bola sepak profesional, Lydia Williams, dan bekas atlet lompat pagar Olimpik, Kyle Vander-Kuyp, pencapaian mereka menjadi inspirasi kepada generasi baru untuk mencapai kejayaan yang sama dalam arena sukan antarabangsa yang kompetitif.

Lydia Williams, seorang wanita dari suku kaum Noongar di Western Australia, kejayaan beliau sebagai penjaga gol dan pemain kanan pasukan bola sepak wanita kebangsaan Australia, Matildas, membuka jalan kepada generasi muda mencebur diri dalam dunia sukan tak kira asal-usul mereka.

Sebagai ahli pasukan bola speak kebangsaan, Lydia berpeluang mewakili Australia dalam dua temasya sukan Olimpik, lima kejohanan Piala Dunia dan enam kejohanan Piala Asia.

Menurut Lydia, "Setiap langkah yang diambil, seolah-olah saya berjaya memecah halangan yang dihadapi atlit orang asli generasi baru."
Pasukan Australia lawan China PR dalam siri perlawanan "Til It's Done Farewell".
SYDNEY, AUSTRALIA - 3 JUN: Lydia Williams, penjaga gol Australia dipeluk oleh juara tenis lagenda orang asli, Evonne Goolagong Cawley, sebelum permulaan perlawanan persahabatan antara pasukan Matildas dan China PR di stadium Accor pada 3 Jun, 2024 di Sydney, Australia. (Photo by Matt King/Getty Images) Credit: Matt King/Getty Images

Apakah cabaran yang dihadapi olahraga orang asli?

Laluan ke kemuncak sukan elit ditaburi pelbagai halangan.

Isu berkaitan identiti, keterangkuman dan kesaksamaan membentuk pengalaman atlit orang asli.

Lydia Williams mengimbas kembali perjuangan beliau untuk mencapai kadar bayaran dan pengiktirafan yang setara untuk pemain bola sepak wanita.

"Sepanjang kerjaya saya, kami pernah mengadakan mogok kerana kami mahukan bayaran yang setara dengan pemain lelaki. Kami juga diberi peluang untuk mengibarkan bendera Aborigine di Sukan Olimpik. Jadi saya rasa pasukan ini benar-benar bersatu untuk memecahkan halangan dan membolehkan orang ramai memperjuangkan apa yang mereka percayai."

Kyle Vander-Kuyp pula telah mewakili Australia dalam acara lompat pagar di dua temasya sukan Olimpik, beberapa Sukan Komanwel dan pelbagai kejohanan dunia.
Kyle Vander-Kuyp dalam acara lumba lompat pagar di temasya sukan Olimpik Sydney 2000 – Credit: Kyle Vander-Kuyp
Kyle Vander-Kuyp dalam acara lumba lompat pagar di temasya sukan Olimpik Sydney 2000.
Kyle Vander-Kuyp berkongsi pengalaman mengenali identiti dirinya sebagai anak angkat yang kembali berhubung dengan warisan suku kaum Worimi dan Yuin dari New South Wales.

Pengenalan kepada sukan semasa kecil membuka peluang kepada Kyle menghayati hubungan dengan komuniti.

"Saya telah diambil sebagai anak angkat ketika berusia lima minggu dan salah satu cabaran pertama saya ialah untuk mengenali dan memahami ibu bapa dan menyoal kenapa saya berbeza daripada mereka. Kenapa warna kulit saya berbeza? Itu mungkin cabaran pertama saya, sebagai anak angkat yang sedang mencari identiti sendiri," jelas Kyle.

Dalam usaha Kyle memahami identiti dirinya dengan lebih mendalam dengan sokongan penuh ibu bapa dan rakan-rakan, penglibatannya dalam Little Athletics, sebuah program yang memperkenalkan kanak-kanak kepada pelbagai acara olahraga, telah membuka jalan yang akhirnya membawanya kejayaan mewakili Australia.
Kyle Vander-Kuyp dengan ibu angkat, Patricia Vander-Kuyp, dan ibu kandung, Susan Dawson - Image supplied.jpg
Kyle Vander-Kuyp dengan ibu angkat, Patricia Vander-Kuyp, dan ibu kandung, Susan Dawson Kyle Vander-Kuyp. Credit: Kyle Vander Kuyp

Bagaimana sukan menghubungi budaya dan identiti masyarakat orang asli Australia?

Bagi atlet Orang Asli, sukan bukan sekadar persaingan — ia adalah satu bentuk ekspresi budaya. Bilik persalinan yang memaparkan bendera Aborigin dan Torres Strait Islander, serta atlet yang dengan bangga menonjolkan warisan mereka di atas padang, menunjukkan bagaimana sukan memupuk rasa kebersamaan dan kepunyaan.

Kyle mengimbas kembali kata-kata legenda AFL, Maurice Rioli:

"Saya masih ingat dengan jelas ketika di sekolah rendah, saya sangat mengagumi tokoh seperti Lionel Rose, Evonne Goolagong, dan saya cukup bertuah apabila seorang pemain bola sepak Aborigin datang ke sekolah saya — Maurice Rioli. Beliau berkongsi kisahnya sebagai pemain bola, tetapi juga berkongsi tentang warisan Aboriginnya. Dia menarik saya ke tepi di bilik guru dan berkata, 'Kyle, menjadi Aborigin bukanlah satu kekurangan, ia adalah satu kelebihan — dan kamu harus gunakan kelebihan itu.'”

Pengesahan seperti ini menunjukkan betapa rapatnya hubungan antara sukan dan identiti budaya — memberikan ruang untuk keterlihatan dan kebanggaan.

Kyle kemudiannya mewakili Australia dalam Sukan Komanwel 1990 di Auckland, New Zealand.

"Saya cukup bertuah menjadi sebahagian daripada pasukan itu bersama Cathy Freeman, dan ketika itu kami berdua masih remaja. Cathy berumur 16 tahun dan saya 18 tahun", kata Kyle.

Jelasnya lagi, "Saya rasa itulah kali pertama saya benar-benar sedar tentang identiti saya. Saya seorang rakyat Australia yang memakai hijau dan emas, tetapi saya juga seorang warga pertama Australia. Dan saya ada peluang memakai warna itu dan mencipta sejarah untuk diri saya dan komuniti saya."

Apakah warisan olahraga orang asli dalam dunia sukan Australia?

Warisan ahli sukan orang asli terhadap komuniti mereka adalah sesuatu yang berkekalan dan mendalam.

Olahragawan dan olahragawati ini menjadi inspirasi kepada kanak-kanak di komuniti terpencil, memperjuangkan kesaksamaan dalam pembayaran gaji dan perwakilan, serta membukti bahawa identiti dan warisan mampu berdiri megah disamping warna kebangsaan.

Lydia Williams menekankan kepentingan bagi wanita muda kaum orang asli melihat sendiri kejayaan pemain bangsa mereka dalam sukan bola sepak.

Menurut Lydia, “Kini ramai wanita orang asli yang menonjol dalam bola sepak dan golongan muda boleh mengaitkan diri dengan idola mereka.”

Bagi Kyle Vander-Kuyp pula, detik pengiktirafan daripada keluarga dan komuniti berlaku apabila diberitahu beliau menjadi inspirasi kepada orang lain.

Hakikatnya, ianya mengukuhkan lagi kuasa transformasi sukan.

Jelas Vander-Kuyp, apabila beliau menziarahi komuniti terpencil, beliau sering diberitahu, "Hei, kami nampak kamu di televisyen dan kamu telah memberi inspirasi kepada kami. Saat sebegitulah membuat saya sedari bahawa sukan itu sesuatu yang amat berkuasa.”
Kyle Vander-Kuyp di Uluru. Credit: Kyle Vander-Kuyp
Kyle Vander-Kuyp di Uluru. Credit: Kyle Vander-Kuyp.

Kenapa sukan orang asli penting dalam pembentukan identiti Australia?

Ahli olahraga orang asli Australia bukan sekadar mencapai kejayaan peribadi.

Mereka melambangkan ketabahan, keterangkuman dan kebanggaan budaya.

Kehadiran mereka di pentas dunia telah meninggalkan kesan mendalam terhadap cara Australia melihat dirinya, sebagai sebuah negara yang diperkasa oleh masyarakat warga pertama negara ini melalui pencapaian mereka.

Daripada sukan peringkat akar-umbi ke pertandingan antarabangsa, atlet orang asli terus membentuk budaya sukan dan membuktikan bahawa arena ini kekal sebagai salah satu medium paling berkuasa untuk memupuk perpaduan, identiti dan inspirasi.

Bagi Lydia Williams, perjalanan sukan beliau dalam mewakili negara dan budayanya telah disokong oleh rakan sepasukan.

Mereka ingin tahu tentang kehidupannya sebagai seorang wanita warga pertama Australia dan berusaha mewujudkan pasukan berharmoni yang meraikan kepelbagaian.

Kata Lydia, “Amat penting bagi saya mewakili negara dan budaya kaum saya. Apabila kami memakai lambang pasukan, ia memaparkan bendera dan simbol Australia, namun yang lebih penting, ia melambangkan pasukan yang kaya dengan budaya."

Tambah Lydia, "Di bilik persalinan, kami mempunyai bendera kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres. Justeru, ia adalah pasukan yang benar-benar menggalakkan keterangkuman dan kebanggaan bangsa."

Dari bintang bola sepak antarabangsa ke pencetus perubahan, Lydia Williams berhasrat untuk terus belajar dan mencipta perubahan ke arah kebaikan.

“Saya amat teruja kerana kini wujud ramai wanita orang asli yang menonjol dalam arena bola sepak, sekaligus menjadi contoh dan teladan untuk kanak-kanak muda”, jelas Lydia.
Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.

Anda mempunyai idea atau cadangan untuk episod Australia Explained seterusnya? Sila email cadangan anda kepada australiaexplained@sbs.com.au

Share
Follow SBS Malay

Download our apps
SBS Audio
SBS On Demand

Listen to our podcasts
Independent news and stories connecting you to life in Australia and Malay-speaking Australians.
Ease into the English language and Australian culture. We make learning English convenient, fun and practical.
Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS
SBS World News

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service