Watch FIFA World Cup 2026™

LIVE, FREE and EXCLUSIVE

Muafakat Games 2026 Tingkatkan Keinsaniah Pelajar Malaysia Di Australia

Kejohanan temasya sukan Muafakat Games 2026 bakal berlansung di Melbourne dari 6hb hingga 9hb Julai ini. Credit: SBS Bahasa Melayu/Muafakat Games 2026

Kejohanan temasya sukan Muafakat Games 2026 bakal berlansung di Melbourne dari 6hb hingga 9hb Julai ini. Credit: SBS Bahasa Melayu/Muafakat Games 2026

Buat tahun ketiganya, Muafakat Games 2026 bakal berlansung di Melbourne awal bulan Julai ini membabitkan pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi di seluruh Australia. Pengarah projek kejohanan tahun ini memberitahu SBS Bahasa Melayu, Muafakat Games bertujuan mempertingkatkan keinsaniah dan perpaduan di kalangan pelajar Malaysia di negara ini.


Published

Updated

By Zaini Ahmad

Presented by Zaini Ahmad

Source: SBS



Share this with family and friends


Buat tahun ketiganya, Muafakat Games 2026 bakal berlansung di Melbourne awal bulan Julai ini membabitkan pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi di seluruh Australia. Pengarah projek kejohanan tahun ini memberitahu SBS Bahasa Melayu, Muafakat Games bertujuan mempertingkatkan keinsaniah dan perpaduan di kalangan pelajar Malaysia di negara ini.


MUAFAKAT GAMES 2026

  • 1. Pesta sukan 4 hari ini bermula 6 Julai hingga 9 Julai.
  • 2. Anggaran 250 pelajar Malaysia dari seluruh Australia akan bertanding dalam 8 acara sukan.
  • 3. Lokasi acara sukan bakal diumumkan.
  • 4. Semua pertandingan serta upacara pembukaan dan penutup boleh ditonton secara percuma.
  • 5. Ikuti perkembangan terkini Muafakat Games melalui media sosial, khususnya Instagram.

Ikuti episod podcast menarik yang lain melalui SBS Bahasa Melayu.

Muafakat Games 2026 ialah kejohanan sukan untuk mahasiswa pelajara Malaysia di seluruh Australia yang bakal berlansung di Melbourne, ekoran kejayaan pesta sukan ini di Sydney pada tahun 2024 dan Brisbane tahun lalu.

Temasya sukan anjuran organisasi bukan berasas keuntungan ini terdiri daripada pelajar berbilang kaum, bangsa dan bidang pengajian dari Malaysia.

Tahun ini, Nur Alisha Nadhirah Salleh, memikul tanggungjawab selaku pengarah projek bersama pasukannya menganjur kejohanan sukan ini di Melbourne.

Bagi pelajar tahun terakhir jurusan kewangan dan pengurusan di Universiti Melbourne ini, kejohanan sukan ini mampu menyatupadukan pelajar berbilang kaum dari tanahair.

Matlamat kejohanan sukan ini ialah untuk memupuk perpaduan, semangat kesukanan dan patriotisme di kalangan pelajar Malaysia di Australia. Ianya mampu menggalakkan keharmonian dan menghasilkan pelajar yang holistik.
Nur Alisha Nadhirah Salleh, Pengarah Projek Muafakat Games 2026

Muafakat Games ialah inisiatif naungan Education Malaysia-Australia, di bawah seliaan bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi Malaysia, suatu inisiatif strategik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Muafakat Games melihat pusingan awal di bahagian negeri dengan kemuncaknya di Melbourne membabitkan lebih kurang 250 atlit wanita dan lelaki dalam lapan kategori sukan.

Lapan acara sukan akan dipertandingkan dalam kejohanan tahun ini, termasuk:

  • Bola Sepak
  • Bola Keranjang
  • Bola Jaring
  • Badminton
  • e-Sukan
  • Ragbi
  • Buat kali pertamanya, acara track dan padang
  • 100 meter / 1500 meter / lumba lari berganti 4 x 100 meter

Menurut Alisha Salleh, Muafakat Games berhasrat mendedahkan kejohanan ini kepada komuniti Malaysia yang kini menetap di Australia, khususnya di Melbourne.

Kejohanan ini turut dijayakan oleh 100 orang sukarelawan terdiri daripada pelajar Malaysia di Melbourne dan dari seluruh Australia.

Tambah Alisha, "Ia juga membabitkan warga Malaysia di Australia dan ini mampu memupuk perpaduan dan kesepakatan di kalangan pelajar dan penduduk tempatan."

Alisha berpeluang menghadiri Muafakat Games 2024 di Sydney sebagai ahli kontinjen mewakili negeri Victoria dan kejohanan 2025 di Brisbane sebagai kontinjen penyokong dan penyorak.

Beliau amat berbesar hati diberi peluang menganjurkan Muafakat Games 2026 di Melbourne, meskipun menghadapi pelbagai kekangan dan cabaran.

Katanya, "Pengalaman ini meningkatkan kemahiran saya dan team dari segi insianiah dalam pelbagai perspektif dalam bidang kepimpinan, komunikasi, pengurusan acara, pemikiran kritikal dan rundingan, kesemuanya kemahiran yang amat bernilai dalam dunia pekerjaan nanti.

Gelanggang upacara kejohanan tahun ini akan berlansung di sekitar bandar Melbourne dan lokasinya akan di umumkan dalam masa yang terdekat.

Untuk maklumat lanjut serta perkembangan terkini menjelang upacara pembukaan pada 6hb Julai ini, sila hubungi Muafakat Games 2026 melalui media sosial, termasuk Facebook Instagram.

Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.


Latest podcast episodes

Follow SBS Malay

Download our apps

Listen to our podcasts

Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service

Watch now