Ikuti episod podcast menarik yang lain melalui SBS Bahasa Melayu.
Ini adalah kali kedua kapten Johor Jewels, Fariha Razak, menyertai lawatan latihan ke Melbourne.
Bagi beliau, pasukan bola jaring Australia sememangnya antara yang terbaik di dunia bukan setakat peringkat kebangsaan, malahan kelab-kelab tempatan juga mempamerkan bakat yang dikagumi.
Justeru, tidak hairanlah kenapa pasukan Johor Jewels memilih Australia, khususnya Melbourne, sebagai destinasi latihan mereka.
Fariha mula berkecimpung dalam acara sukan ini sejak usia 17 tahun dan kini, 14 tahun kemudian, beliau mengecapi kejayaan yang diidamkan setiap pemain bola jaring tanahair.
Beliau menyertai team Johor Jewels dari musim pertama hingga ke musim lima, serta mengecapi kejuaraan back-to-back.
Jadi apakah rahsia kejayaan Johor Jewels?
Sistem sokongan pasukan Johor Jewels amat kuat. Juga dari segi pelatih yang disediakan. Bonding anggota pasukan ini juga kuat. Setiap pemain yang menyertai pasukan Johor Jewels sedari akan standard yang perlu dibawa (ke gelanggang) dan kita kekalkan standard ini untuk mencapai apa yang kita mahu.Fariha Razak, Kapten Johor Jewels
Johor Jewels mengecapi sokongan yang begitu komprehensif sekali daripada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Penaung Diraja Persatuan Bola Jaring Negeri Johor, YAM Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor.
Laura Langman, pemain import dari New Zealand, amat kagum dengan segala kemudahan yang disediakan untuk pasukan Johor jewels.
Kemudahannya WOW! Dari gelanggang ke bilik physio, video serta gymnasium yang serba lengkap. Kesemuanya menawarkan peluang terbaik untuk pemain bola jaring dan ahli sukan wanita. Fantastic.Laura Langman, pemain import dari New Zealand
Bagi Nur Syafazliyana pula, pengalaman empat tahun beliau setakat ini sebagai anggota Johor Jewels adalah antara yang terbaik dan paling gembira bagi beliau.
Katanya, anggota pasukan Johor jewels sememangnya terjaga dengan baik dari segi keperluan pasukan serta kebajikan setiap anggota.
Wanita mempunyai lebih banyak hormon, justeru lebih beremosi berbanding lelaki. Cabaran (yang dihadapi) ahli sukan wanita ialah mengimbangi keperluan sebagai ahli sukan serta mengejar kerjaya. Namun, kaum wanita lebih bijak dalam multi-tasking.Nur Syafazliyana, pemain Johor Jewels
Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.






