Pesta Colours of Malaysia 2025
- Lokasi: Queen Victoria Market, Melbourne, Victoria
- Tarikh: Sabtu 29 & Ahad 30 November, 2025
- Waktu: 0900 pagi hingga 4.00 petang
Pesta tahunan Colours of Malaysia bermula sejak lebih sedekad lalu, dikenali pada peringkat awalnya dengan beberapa gelaran lain, termasuk Pesta Malaysia dan Citarasa Malaysia.
Demikian menurut Pengarah Projek Pesta Colours of Malaysia 2025, Dhanieya Mahadhevan. seorang pelajar Malaysia tahun pertama mengikuti kursus Professional Communications di University RMIT.
Dhanieya, yang berasal dari Kuala Lumpur menyambut cabaran mengetuai anjuran pesta tahun ini demi menjaya dan mengekalkan tradisi tahunan ini untuk pengunjung yang ingin menikmati keistimewaan Malaysia melalui persembahan budaya dan makanan yang bakal disajikan.
Kami, pelajar Malaysia, selaku penganjur, ingin mewujudkan rumah kedua bagi warga Malaysia yang berada di Melbourne sambil menjemput rakyat Australia menikmati warna-warna keindahan dan keistimewaan Malaysia.Dhanieya Mahadhevan, Pengarah Projek, Colours of Malaysia 2025
Pesta tahunan Colours of Malaysia di Queen Victoria Market ini dianjurkan oleh Majlis Pelajar Malaysia Australia, MASCA cawangan Victoria.
Menurut Dhanieya, MASCA ialah badan pelajar tertinggi di Australia bertujuan menjaga kebajikan pelajar Malaysia di negara ini.
Tambah beliau, "Pesta ini bertujuan membawa pengunjung mengembara ke Malaysia melalui makanan dan persembahan budaya."
Melalui Colours of Malaysia, MASCA Victoria ingin mewujudkan rumah kedua bagi warga Malaysia yang berada di Melbourne sambil menjemput rakyat Australia menikmati warna-warna keindahan dan keistimewaan Malaysia.Dhanieya Mahadhevan, Pengarah Projek Colours of Malaysia 2025
Menurut Dhanieya, pesta yang serupa turut dianjurkan oleh pelajar Malaysia di Sydney, NSW, juga pada bulan November ini, serta buat kali pertamanya, pesta memaparkan keindahan dan keistimewaan Malaysia akan diadakan di Perth, Western Australia.
Malahan, tambah beliau, pesta yang serupa turut berlansung di United Kingdom dan negara Belanda.
Selain persembahan budaya dan pertunjukan fesyen, pesta Colours of Malaysia tahun ini turut disertai lebih 20 peniaga yang akan menawarkan pelbagai sajian enak dari tanahair kepada pengunjung, termasuk ramai roti canai, teh tarik, nasi lemak dan satay.
Jelas Dhanieya, "Pesta tahun ini pastinya lebih menarik dan unik kerana ianya bakal memaparkan raja segala buah-buahan dari Malaysia, durian."
Pesta Colours of Malaysia 2025 bakal berlansung di Queen Victoria Market, Melbourne, pada Sabtu 29hb dan Ahad 30hb November ini bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.
Pastikan anda tidak terlepas peluang menikmati segala yang istimewa dari Malaysia.
Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.