Dua Usahawan Golongan Migran Kongsi Rahsia Kejayaan Mereka

Jannice Choo dan Frances Goh, antara penerima anugerah Top 100 Multicultural Innovation Business Leaders Award.png

Jannice Choo dan Frances Goh, antara penerima anugerah Top 100 Multicultural Innovation Business Leaders Award. Credit: SBS Bahasa Melayu

Apakah rahsia kejayaan usahawan di kalangan golongan migran di Australia? Dua usahawan berkongsi rahsia kejayaan mereka bersama Zaini Ahmad pada majlis anugerah Top 100 Multicultural Innovation Business Leaders Award yang berlansung di bandar Melbourne baru baru ini.


Jannice Choo datang ke Australia 24 tahun lalu untuk melanjutkan pengajian beliau dalam bidang perakaunan di Monash University.

Setelah tamat pengajian, Jannice bekerja sebagai seorang juru akauntan selama lima tahun.

Semangat keusahawanan berkoba dan wanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini menubuhkan syarikat beliau sendiri menawarkan perkhidmatan nasihat kewangan.

24 tahun selepas ketibaan beliau di Australia, jannice kini terpilih sebagai salah seorang penerima anugerah Top 100 Multicultural Innovation Business Leaders Award yang berlansung di sebuah hotel terkemuka di kota Melbourne.

Jadi apakah rahsia kejayaan Jannice?

Saranan beliau ialah supaya kita terus mempertingkatkan prestasi diri demi mencapai kejayaan yang diingini.

"Kita perlu menetapkan matlamat hidup. Mempunyai matlamat dan cita-cita itu amat penting", katanya.

Namun, tambah beliau, matlamat yang ditetapkan itu haruslah seimbang.
Kita harus juga menjaga kesihatan, bukan setakat rajin bekerja sahaja. Matlamat hidup kita bukan semata-mata mengejar kekayaan, sebaliknya mencapai kualiti kehidupan yang seimbang.
jannice Choo, Perunding Kewangan
Seorang lagi penerima anugerah malam itu ialah Frances Goh, yang berketurunan baba-nyonya.

Walaupun dilahirkan di Australia, Frances giat membantu golongan migran, khususnya kaum wanita, yang menjalankan perniagaan mereka sendiri.

Frances ialah co-pengasas pertubuhan komuniti keusahawanan One Roof dan beliau juga antara ahli pengarah Majlis Perniagaan Australia Malaysia Victoria.

Menurut beliau, pengalaman penghijrahan golongan migran secara lansung memupuk keazaman untuk berjaya di negara baru mereka.
Pengalaman pahit manis penghijrahan memupuk ketabahan serta pengajaran kepada usahawan golongan migran untuk berjaya lantas menyumbang kepada ekonomi negara yang memberi mereka peluang kedua.
Frances Goh, co-pengasas One Roof
Seorang lagi penerima anugerah malam itu berasal dari negara Filipina, Diana Sanchez.

Diana, selaku ratu Mrs Universe 2025, ialah seorang aktivis yang giat membela dan memperjuang nasib wanita golongan migran di negara ini.

Sambutan penuh kemeriahan ini turut dihadiri usahawan dari 27 buah negara lain yang kini menggelar Australia negara baru mereka.

Kejayaan malam penganugerahan Top 100 Multicultural Innovation Business Leaders Award ini hasil titik peluh seorang lagi usahawan warga Malaysia, Kavita Chabra, yang berasal dari Johore.
Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.

Share
Follow SBS Malay

Download our apps
SBS Audio
SBS On Demand

Listen to our podcasts
Independent news and stories connecting you to life in Australia and Malay-speaking Australians.
Ease into the English language and Australian culture. We make learning English convenient, fun and practical.
Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS
SBS World News

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service