Watch FIFA World Cup 2026™ LIVE, FREE and EXCLUSIVE

Pemakaian Baju Tradisional Kekalkan Budaya Melayu Di Australia

Warga Melayu di Melbourne menyambut Eidul Fitri di Konsulat Jeneral Malaysia dengan memakai pakaian tradisional. Credit: SBS Bahasa Melayu

Warga Melayu di Melbourne menyambut Eidul Fitri di Konsulat Jeneral Malaysia dengan memakai pakaian tradisional. Credit: SBS Bahasa Melayu

Mesikpun jauh dari tanahair, warga Melayu di Australia tidak ketinggalan membuat persiadaan untuk menyambut Eidul Fitri. Zaini Ahmad meninjau persiapan membeli baju raya di kalangan warga Melayu di Melbourne.


Ikuti episod podcast menarik yang lain melalui SBS Bahasa Melayu

Bagi warga Melayu di perantauan, mengekalkan tradisi dari tanahair amat penting, lebih-lebih lagi pada waktu perayaan.

Bagi Abdul Rahman, warga Sarawak dari Miri yang kini berada di Australia selama tujuh tahun, Eidul Fitri seharusnya disambut dengan pemakaian baju Melayu.

Ketika ditemui, beliau sedang mencari kain songket untuk dipadankan dengan baju Melayu berwarna kelabu untuk dipakai menyambut Eidul Fitri tahun ini.

Sepanjang tujuh tahun merantau, ada baju Melayu yang saya beli di sini dan ada juga baju Melayu yang dipesan dan dihantar dari tanahair. Tahun ini saya mencari songket hitam namun belum lagi dijumpai di sini.
Abdul Rahman, Miri, Sarawak

Begitu juga bagi Saila Nordin dari Cheras, Kuala Lumpur, yang meninggalkan tanahair untuk datang ke negara ini sepuluh tahun lalu.

Menurut Saila, tradisi harus dikekalkan.

Tahun ini saya sudah pun membeli dua pasang baju kurung. Walaupun merantau, saya masih lagi ingin berhari raya dengan memakai baju tradisional.
Saila Nordin, Cheras, Kuala Lumpur

Kedua-dua warga Melayu ini mencerminkan hasrat kesemua warga Melayu yang merantau ingin mengekalkan budaya dan tradisi meskipun jauh dari tanahair.

Salmah Bibi adalah pemilik sebuah butik yang menjual pakaian tradisional Melayu di subbandar Springvale, terletak lebih kurang 30 kilometer dari pusat bandar Melbourne.

Menurut Salmah, pelanggan beliau tidak terhad kepada warga Melayu sahaja.

Kita ada pelanggan pelbagai budaya dan bangsa, antaranya dari Somalia, Turki dan Myanmar. Dan selain abaya, mereka juga minat dengan baju kurung. Jika mereka rasa cantik, mereka beli.
Salmah Bibi, pemilik butik BeBeautyBee

Baju Melayu untuk kaum lelaki dan baju kurung juga kebaya untuk wanita mungkin paling popular, namun kebelakangan ini, warga Melayu juga menggemari jubah dan abaya.

Eidul Fitri tahun ini disambut oleh umat islam di Australia pada hari Juma'at, 20 Mac, 2026.

Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.


Share

Follow SBS Malay

Download our apps

Listen to our podcasts

Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service

Watch now