Teh Tarik Corner Destinasi Kulinari Enak Dari Malaysia

Zaini Ahmad mencuba sajian Teh Tarik Corner di Prahran, Victoria, sempena kempen Lawat Malaysia 2026.png

Zaini Ahmad mencuba sajian Teh Tarik Corner di Prahran, Victoria, sempena kempen Lawat Malaysia 2026. Credit: SBS Bahasa Melayu

Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian sajian makanan yang boleh dinikmati oleh semua golongan masyarakat, baik penduduk tempatan mahupun pelawat asing. Sempena Tahun Lawat Malaysia 2026, SBS Bahasa Melayu dijemput oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne untuk mencuba sajian di sebuah restoran yang dikendalikan oleh sepasang suami isteri yang rindukan masakan dari tanahair. Ikuti Kembara Kulinari Zaini Ahmad.


Kembara Kulinari Zaini Sempena Tahun Lawat Malaysia 2026.
  • Destinasi Pertama: Teh Tarik Corner
  • Antara sajian paling popular: Char Kuay Teow, Nasi Ayam Hainanese dan Laksa Kari Ayam.
  • Dikendalikan oleh pasangan suami isteri Danny Beh dan Rainer Lim
  • Alamat: 209, Commercial Road, Prahran, VIC 3181
Lawat Malaysia 2026 pastinya menyaksikan pelbagai sambutan yang bakal berlansung di seluruh tanahair sepanjang tahun.

Malaysia sememangnya terkenal sebagai destinasi pelancongan yang menawarkan 1001 tarikan kepada pelawat asing, tak kiralah citarasa mereka yang hanya perlu tepuk dada, tanya selera.

Dan sebut tentang selera, kepelbagaian sajian makanan yang boleh dinikmati di Malaysia menjadikan negara ini destinasi kulinari paling hebat untuk setiap pelawat

Sempena kempen Lawat Malaysia 2026, Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud, selaku Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne, menjadi hos kepada tetamu undangan yang berpeluang menikmati sajain enak dari tanahair di tiga buah restoran Malaysia di sekitar bandar Melbourne yang berlansung tiga hari berturut-turut.

Destinasi pertama, Teh Tarik Corner, yang dikendalikan oleh pasangan suami isteri, Danny Beh dari Ipoh, Perak, dan Rainer Lim dari Batu Pahat, Johor.

Sebelum berhijrah ke Australia, pasangan suami isteri ini berkecimpung dalam dunia perbankan di Malaysia.

Jadi, apakah yang mendorong Danny dan Rainer untuk membuka sebuah restoran di Melbourne?

Saya rindukan masakan Malaysia. Sebelum ini, saya sering terliur melihat posts tentang makanan yang dimuat naik oleh warga di tanahair. Sekarang ini, dengan adanya restoran sendiri, saya boleh makan apa saja yang saya suka.
Danny Beh, co-pemilik Teh Tarik Corner di Prahran, Victoria
Bila ditanya apakah sajian kegemaran beliau, tanpa teragak-agak, Danny Beh menjawab, "char kuay teow".

Char kuay teow adalah antara sajian yang telah dicuba oleh team SBS Bahasa Melayu dan rata-rata, ia sememangnya best!

Walaupun suami beliau tidak lansung mempunyai kaitan dengan industri F&B ketika di Malaysia, Rainer Lim, mempunyai kaum keluarga yang memiliki restoran makanan laut di Johor.

Ketika lawatan SBS Bahasa Melayu ke Teh Tarik Corner, Rainer menawarkan sajian manisan paling popular di restoran ini, termasuk bubur cha-cha, pisang goreng dengan ais krim dan sos karamel serta keistimewaan restoran, pau berinti kaya, nutella dan matcha.

Kesemua manisan yang disajikan begitu enak sekali, namun rata-rata, pingat emas jatuh kepada pisang goreng yang rapuh dan manis dan kueh pau yang lembut dan gebu berintikan kaya kuning keemasan serta matcha, "flavour du jour" yang kini sememangnya paling popular.
Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.

Share
Follow SBS Malay

Download our apps
SBS Audio
SBS On Demand

Listen to our podcasts
Independent news and stories connecting you to life in Australia and Malay-speaking Australians.
Ease into the English language and Australian culture. We make learning English convenient, fun and practical.
Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS
SBS World News

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service