Warga Emas Aiyah Tipene Merenung Ramadan Dahulu Dan Sekarang

Aiyah Tipene mengenang sambutan Ramadan dahulu dan sekarang.jpeg

Aiyah Tipene mengenang kembali pengalaman bulan Ramadan dahulu dan sekarang.

Kini menyambut Ramadan di perantauan hampir tiada bezanya berbanding di tanahair. Namun, bagaimana dengan mereka yang berhijrah ke negara ini separuh abad lalu? Zaini Ahmad kunjungi seorang warga Melayu 95-tahun untuk mendengar pengalaman beliau.


Puan Aiyah Abdul Rahman Tipene kini berusia 95 tahun dan sepanjang hayat beliau pelbagai pengalaman telah diharungi, baik yang manis mahupun yang pahit.

Warga Melayu yang hampir mencecah satu abad ini telah berhijrah ke New Zealand pada tahun 1975 dan sepuluh tahun kemudian tiba di kota Melbourne, di mana beliau menetap sehingga kini.

Pada mulanya, Puan Aiyah menjadi seorang guru namun kerjaya beliau bertukar-hala ke dunia penyiaran di Radio Televisyen Singapura.

Sejak berhijrah ke Australia, banyak pengalaman pahit maung yang telah beliau lalui, semuanya diterima dengan tabah hati.

Sempena bulan Ramadan yang mulia, Zaini Ahmad mengunjungi warga emas ini di kediaman baru beliau di kemudahan warga tua ISOMER di Lysterfield, lebih kurang 40 kilometer dari pusat bandar Melbourne.

Puan Aiyah merenung kembali pengalaman beliau sebagai pendatang baru yang beragama Islam ke New Zealand dan kemudiannya ke Australia 50 tahun lalu, serta apakah perbezaan sambutan Ramadan dan Syawal dahulu dan sekarang.


Share
Follow SBS Malay

Download our apps
SBS Audio
SBS On Demand

Listen to our podcasts
Independent news and stories connecting you to life in Australia and Malay-speaking Australians.
Ease into the English language and Australian culture. We make learning English convenient, fun and practical.
Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS
SBS World News

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service
Warga Emas Aiyah Tipene Merenung Ramadan Dahulu Dan Sekarang | SBS Malay