Kerjaya Memandu Trailer Berartikulat Jarak Jauh
- Trailer panjang ini turut dikenali sebagai 'road train' kerana ianya berartikulat.
- Kepanjangannya mencecah lebih 120 kaki dan seberat 90 tan.
- Had laju untuk trailer sepanjang 30 meter ke atas tidak boleh melebihi 90 km/jam
- Pemandu perlu bersedia menghantar barangan dari Sydney ke Perth merangkumi hampir 4,000 kilometer.
- Gaji di antara AUD$3,000 hingga AUD$6,000 seminggu.
Bagi Wan Mohd Fahmi Wan Ahmad, impian memandu trailer panjang berartikulat hanya memutik lebih setahun setelah beliau merantau ke Australia demi mengubah nasib.
Ketika di tanahair, warga Melayu dari Dungun, Terengganu ini bekerja sebagai seorang chef di sebuah hotel di Genting Highlands dan beberapa resort lain di Malaysia.
Setibanya di negara ini, Fahmi, seperti sebilangan besar warga Malaysia lain, pada mulanya melakukan apa saja pekerjaan yang mudah diperolehi, lazimnya dalam bidang pertanian dan perusahaan.
Namun, beliau bernasib baik mendapat pekerjaan memandu trak rigid menghantar barangan untuk syarikat IKEA dan mulai sa'at itulah hasrat Fahmi untuk memandu trailer panjang berartikulat memutik.
Saya lihat trak dan trailer yang begitu panjang dan mula mempunyai hasrat untuk memandu trak sebegitu suatu hari nanti. Alhamdulillah, impian saya tercapai.Wan Mohd Fahmi Wan Ahmad, pemandu trailer berartikulat
Kini, beliau bekerja dengan sebuah syarikat logistik tempatan berpusat di Melbourne, Victoria, menghantar barangan makanan yang dibawanya dalam trailer berhawa dingin.
Kerjaya Fahmi memandu trailer 'road train' ini melihat beliau berulang balik antara bandar-bandar utama Melbourne, Sydney dan Adelaide.
Antara perjalanan paling jauh yang telah dilakukan oleh Fahmi, menghantar barangan dari Sydney ke Perth sejauh lebih 3,900 kilometer yang mengambil masa selama 3 hari perjalanan.
Sememangnya saya pernah mengalami peristiwa seram ketika memandu berseorangan pada waktu malam. Ada sekali tu saya memandu dari Melbourne ke Sydney pada waktu malam apabila radio saya secara tiba-tiba pasang sendiri dan volumenya naik turun juga dengan sendiri. Remang bulu roma saya mengingatinya.Wan Mohd Fahmi wan Ahmad, pemandu trailer 'road train' jarak jauh
READ MORE

Menyambut Seruan Ilahi - Penutup
Ikuti perbualan Fahmi bersama Zaini Ahmad dengan sepenuhnya untuk menghayati pengalaman warga Melayu ini memandu trailer berartikulat jarak jauh, serta saranan beliau kepada mereka yang ingin menceburi kerjaya ini.
Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.














