100 Tahun Television: Ciptaan Yang Mengubah Kehidupan Manusia Sejagat

John Logie Baird Memaparkan Ciptaan Beliau

John Logie Baird memaparkan ciptaan 'televisor', sistem mekanikal siaran television pertama menggunakan sekeping cakera yang berputar. Sistem terawal ini kemudian digantikan dengan sistem televisyen elektronik selepas Perang Dunia Kedua. Credit: Bettmann/Bettmann Archive

Seratus tahun lalu, pencipta dari Scotland, John Logie Baird, memperkenalkan kepada seluruh dunia televisyen yang pertama, dikenali sebagai televisor. Imej terawal itu, gambaran berkelip kepala patung boneka ventriloquist, telah mencetuskan satu revolusi besar dalam kehidupan manusia sehingga kini.


Ikuti episod podcast menarik yang lain melalui SBS Bahasa Melayu.

Nama John Logie Baird sinonim dengan sejarah televisyen.

Beliau ialah seorang ahli perniagaan dan juga pencipta.

Baird memaparkan demonstrasi pertama kepada pihak umum ciptaan beliau, yang kemudiannya dikenali sebagai televisyen, pada Januari 1926 di Makmal Soho miliknya di Frith Street, London.

Kini, manusia menghabiskan sebahagian besar masa mereka di hadapan peti televisyen.

Rakyat Australia menghabiskan antara dua setengah hingga tiga jam sehari menonton siaran televisyen dan siaran tertunda.

Jika ditambah dengan perkhidmatan penstriman beberapa kajian mencadangkan jumlah itu mencecah sehingga enam jam sehari.

Ini ialah suatu impak yang besar jika diambil kira bahawa hanya seratus tahun yang lalu, televisyen baru saja dicipta.

Berbeza dengan sistem elektronik yang muncul selepas itu, televisor ciptaan Baird adalah bersifat mekanikal.

Lewis Pollard ialah Kurator Televisyen dan Penyiaran di Muzium Sains dan Media di England.

Menurut Pollard, ciptaan ini adalah satu kejayaan besar, namun sangat sukar untuk dikendalikan.

Katanya, "Rekaan television pertama ini sangat teknikal, sangat rumit, dan kerana Baird merupakan seorang perintis dalam bidang ini, beliau terpaksa membina sendiri kebanyakan peralatannya dari awal atau menggunakan apa sahaja yang ada di sekitar makmal."

Peralatan yang kami miliki di muzium ini mengandungi bahagian daripada kotak topi lama, lampu basikal dan ia benar-benar bersifat buatan sendiri atau DIY kerana pada masa itu anda tidak boleh pergi ke kedai untuk membeli komponen yang diperlukan. Televisyen masih belum wujud.
Lewis Pollard, Kurator Televisyen dan Penyiaran di Muzium Sains dan Media, England

Stesen penyiaran BBC melancarkan perkhidmatan televisyen berjadual pertama di dunia pada tahun 1936 di United Kingdom.

Namun, pada mulamnya ciptaan ini dianggap sekadar suatu benda yang anih saja, atau novelty, yang dianggap sebagai satu gangguan dan bukannya suatu yang boleh dianggap serius.

Pada tahun 1938, Logie Baird berucap kepada penonton berita British Movietone di Australia dan New Zealand, hampir 20 tahun sebelum kedua-dua negara ini mempunyai TV pada tahun 1956.

Menjelang tahun 1953, teknologi terus berkembang dengan begitu pesat sehingga BBC penuh yakin untuk melaksanakan siaran luar terbesar ketika itu, iaitu upacara pertabalan Ratu Elizabeth II, dirakam ke atas filem dan dihantar ke seluruh dunia.

Ia merupakan satu peristiwa media yang terbesar ketika itu, justeru ramai yang masih lagi mengingatinya.

Rekod menunjukkan kira-kira 17 orang menonton setiap satu set televisyen, yang mungkin hanya separuh saiz televisyen moden atau lebih kecil daripada itu.

Jadi bagi mereka yang menonton di rumah, ia merupakan satu detik yang sangat besar sehingga benar-benar membantu mengukuhkan televisyen sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian. Ia berubah daripada satu keunikan yang dimiliki segelintir orang kepada keperluan dalam rumah. Dan itulah yang benar-benar menjadikan televisyen berkembang pesat di UK.
Lewis Pollard, Muzium Sains dan Media/England

Revolusi seterusnya berlaku apabila wujud keupayaan untuk merakam rancangan TV berkualiti tinggi.

Perakam video berkualiti yang pertama ialah Ampex VRX-1000, sebuah mesin gergasi yang mula digunakan oleh stesen penyairan CBS America pada tahun 1956.

Saiznya sebesar sebuah piano dan berharga US$50,000 ketika itu, lebih kurang AUD$900,000 pada nilai hari ini.

Logie Baird sebenarnya pada mulanya lagi sedari akan kepentingan rakaman video yang mendorong beliau mencipta system rakaman tersendiri.

Daripada imej hitam-putih yang berkelip-kelip kepada visual berwarna berkualiti sinema yang boleh ditonton di tapak tangan anda sekarang ini, media visual telah melalui satu perjalanan sepanjang seratus tahun yang dipenuhi dengan innovasi.

Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.


Share

Follow SBS Malay

Download our apps

Listen to our podcasts

Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service

Watch now