Apakah GPS Minda Sistem Navigasi Dalaman Mampu Membantu Anda Capai Matlamat Kehidupan?

Amie Radzi, penceramah, koc kehidupan dan penerbit buku panduan diri, Mind GPS.

Amie Radzi, penceramah, koc kehidupan dan penerbit buku panduan diri, Mind GPS. Credit: SBS Bahasa Melayu

Tak semua warga Malaysia yang datang ke Australia terperangkap dalam rutin pekerjaan buruh kasar di ladang atau di kilang yang jauh berbeza dari apa yang diidamkan. Ramai juga yang berjaya mencapai matlamat peribadi setelah mengenalpasti lantas berusaha mencapai impian mereka. Bagi yang masih tertanya, apakah GPS minda mampu membantu anda mencapai matlamat kehidupan?


Bagi Amie Radzi, arah kehidupan beliau di Malaysia diibaratkan sebuah perahu tanpa nahkoda, terapung tanpa hala tuju seperti perjalanan hidup beliau yang serba kekosongan.

Sebelum datang ke Australia, Amie yang berasal dari Kuantan, Pahang, menceburi diri dalam pelbagai bidang pekerjaan, termasuk sektor perbankan, pengurusan majlis dan berniaga di pasar malam.

Pada tahun 2014, beliau cuba menjadi seorang usahawan memulakan perniagaan kopi tersendiri.

Namun, 10 tahun bertungkus lumus cuba menjayakan perniagaan kopi akhirnya gagal menerima sambutan dari pihak konsumer sehingga Amie hampir diisytiharkan sebagai muflis.

Kegagalan perniagaan kopi itulah yang mendorong Amie datang ke Australia untuk cuba mengubah nasib beliau.
Saya hadapi titik terendah dalam kehidupan saya ketika itu dan mula menyoal diri sendiri bagaimana untuk bangkit semula, untuk membina kembali kehidupan saya.
Amie Radzi, penulis, penceramah & koc kehidupan,
Setibanya di Australia, tanpa prospek pekerjaan mahupun kelayakan profesional, Amie mengikut jejak langkah hampir kesemua warga Malaysia yang datang ke negara ini menjadi pekerja di ladang.

Namun, pekerjaan buruh bukanlah matlamat kehidupan Amie dan semangat untuk mempertingkatkan diri tetap berkoba.

Selepas lima bulan bekerja di ladang, Amie berjaya mendapat pekerjaan sebagai seorang barista di sebuah kafe di Brisbane.

Pekerjaan di kafe inilah yang membuka peluang kepada warga Malaysia ini untuk membuka minda beliau mengenalpasti peluang dan matlamat kehidupan yang lebih memuaskan.
Di kedai kopi inilah saya mula mengangkat kembali diri saya. Semua orang boleh cari duit. Tapi apa yang saya cari ialah ilmu kerana ilmu itu mampu mempertingkatkan diri saya.
Amie Radzi, penulis buku self-help, Mind GPS
Keazaman ini mendorong Amie Radzi untuk menerbit sebuah buku panduan diri atau self-help bertajuk, Mind GPS.

Setelah sekian lama sejak beliau datang ke negara ini, Amie kini menggelar diri beliau seorang penceramah dan koc kehidupan.

Matlamat beliau ialah untuk maju ke persada antarabangsa membantu orang lain mencapai matlamat kehidupan mereka tersendiri.

Untuk mengetahui apakah ertinya GPS minda dan bagaimana sistem navigasi dalaman ini mampu membantu anda mencapai matlamat hidup yang seimbang dan lebih memuaskan, ikuti perbualan Amie Radzi bersama Zaini Ahmad dalam episod podcast ini.


Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.

Share
Follow SBS Malay

Download our apps
SBS Audio
SBS On Demand

Listen to our podcasts
Independent news and stories connecting you to life in Australia and Malay-speaking Australians.
Ease into the English language and Australian culture. We make learning English convenient, fun and practical.
Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS
SBS World News

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service