Watch FIFA World Cup 2026™

LIVE, FREE and EXCLUSIVE

Australia Raih Kemenangan Impian 2-0 Menewaskan Turkiye

Nestory Irankunda #17 of Australia celebrates scoring his team's first goal with teammate Mohamed Toure #9 during the FIFA World Cup 2026 Group D match between Australia and Türkiye

VANCOUVER - JUNE 13: Nestory Irankunda meraikan gol pertama beliau untuk Australia dengan rakan sepasukan Mohamed Toure menentang Turkiye dalam Paial Dunia FIFA World Cup 2026 di BC Place, Vancouver pada 13 Jun. (Photo by Stu Forster/Getty Images) Credit: Stu Forster/Getty Images

Socceroos memulakan kempen Piala Dunia FIFA 2026 dengan kemenangan penting ke atas lawan yang kuat, manakala juara lima kali Brazil dikejutkan apabila diikat Morocco.


Published

By Zaini Ahmad

Presented by Zaini Ahmad

Source: SBS



Share this with family and friends


Socceroos memulakan kempen Piala Dunia FIFA 2026 dengan kemenangan penting ke atas lawan yang kuat, manakala juara lima kali Brazil dikejutkan apabila diikat Morocco.


Ikuti episod podcast menarik yang lain melalui SBS Bahasa Melayu

Malam yang cukup gemilang buat Australia di Vancouver.

Sepuluh pemain membuat penampilan sulung di Piala Dunia, dua gol berjaya dijaringkan, dan satu mesej besar dihantar kepada seluruh dunia bola sepak.

Socceroos bermula dengan langkah kanan di Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Turkiye 2-0.

Satu rembatan padu pada minit ke-27 bukan sahaja memecahkan benteng pertahanan Turkiye di hadapan puluhan ribu penyokong di BC Place, malah turut mencipta sejarah baru buat Australia di pentas Piala Dunia.

Pada usia hanya 20 tahun 4 bulan, Nestory Irankunda menjadi pemain Australia paling muda pernah menjaringkan gol di Piala Dunia, memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh Tim Cahill sejak tahun 2006.

Dan selepas menjaringkan gol itu, beliau meraikannya dengan gaya tumbukan di penjuru bendera yang kini menjadi tanda pengenalannya.

Kami bekerja lebih keras, berjuang hingga wisel penamat dan ini memang satu detik yang sangat mengujakan. Saya perlu berterima kasih kepada barisan kejurulatihan dan juga kepada seluruh rakyat Australia yang sentiasa percaya kepada saya. Menjaringkan gol hari ini memang satu perasaan yang luar biasa
Nestory Irankunda, penjaring gol pertama Australia v Turkiye

Kesebelasan utama Australia menampilkan sepuluh pemain yang membuat penampilan pertama di Piala Dunia.

Keberanian ketua jurulatih Toni Popovic membuat perubahan besar itu nyata membuahkan hasil.

Bukan sahaja menerusi jaringan Irankunda, malah penjaga gol muda Patrick Beach turut menyerlah apabila melakukan beberapa aksi menyelamat bertaraf dunia dalam penampilan sulungnya.

Kemenangan Australia akhirnya disahkan pada minit ke-75.

Seorang lagi pemain debutan, Connor Metcalfe, melepaskan rembatan dari luar kotak penalti yang menerjah gawang Turkiye untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Ini hanya kali kedua dalam sejarah Australia berjaya memenangi perlawanan pembukaan mereka di Piala Dunia, sekali gus meletakkan Socceroos dalam kedudukan yang cukup kukuh dalam Kumpulan D.

Sementara itu, juara dunia lima kali, Brazil, terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang Morocco yang tampil cukup berdisiplin.

Pasukan dari Afrika itu mengejutkan Brazil pada minit ke-21 apabila Ismael Saibari berjaya menewaskan penjaga gol Alisson Becker menerusi satu sentuhan lambung yang kemas selepas menerima hantaran daripada Brahim Diaz.

Dalam perlawanan pertama Brazil di bawah kendalian jurulatih Carlo Ancelotti di pentas Piala Dunia, skuad Selecao kelihatan sukar mencari rentak permainan mereka.

Namun hanya sebelas minit kemudian, Vinicius Junior menghadirkan satu detik manis.

Bintang Real Madrid itu memotong masuk dari sebelah kiri sebelum melepaskan rembatan lencong yang cantik untuk menyamakan kedudukan.

Morocco hampir mencipta kemenangan sensasi pada masa kecederaan.

Namun Alisson muncul penyelamat Brazil apabila melakukan satu aksi menyelamat penting untuk menafikan percubaan Neil El Aynaoui pada saat-saat akhir perlawanan.

Turut berlaku drama lewat permainan dalam satu lagi aksi Kumpulan B apabila Qatar berjaya mencatat keputusan seri 1-1 menentang Switzerland.

Switzerland mendahului lebih awal menerusi sepakan penalti Breel Embolo dan menguasai sebahagian besar perlawanan.

Namun beberapa peluang yang gagal disudahkan akhirnya memakan diri apabila gol sendiri pada masa kecederaan menghadiahkan Qatar satu mata bersejarah.

Keputusan itu menjadikan Kumpulan B semakin terbuka selepas Kanada dan Bosnia-Herzegovina turut seri 1-1 sehari sebelumnya.

Di Boston pula, Scotland mencatat kemenangan pertama mereka di Piala Dunia sejak tahun 1990 selepas menewaskan Haiti 1-0.

Gol tunggal John McGinn sudah cukup untuk menghadiahkan tiga mata berharga kepada Scotland, sekali gus mengangkat mereka ke tangga teratas Kumpulan C.

Saksikan kesemua 104 perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 secara penstriman menerusi SBS On Demand.

Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.


Latest podcast episodes

Follow SBS Malay

Download our apps

Listen to our podcasts

Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service

Stream now