Tajuk Utama
- Setiap negeri dan wilayah di Australia mempunyai undang-undang tersendiri yang mudah diperolehi melalui online atau aplikasi rasmi.
- Hukuman dan denda mungkin dikenakan jika sabit kesalahan, juga kegagalan mematuhi peraturan mampu menimbulkan risiko terhadap keselamatan.
- Memancing itu dianggap budaya Australia, namun pemancing perlu bertanggungjawab dan berhemah.
Memancing ialah antara aktiviti rekreasi paling popular di Australia dengan bilangan pemancing yang terus meningkat sejak dua dekad lalu.

Dua pemancing berbual di kedai memancing. Credit: aywan88/Getty Images
Tahap kepopularan memancing di Australia
Bilangan pemancing di negara ini terus meningkat berbanding 20 tahun lalu.
Demikian menurut satu tinjuaan kebangsaan pada tahun 2023, yang mendapati hampir 4.2 juta warga dewasa Australia memilih memancing sebagai aktiviti rekreasi mereka.
Ahli sains perikanan, Andy Moore, yang mengetuai Tinjauan Sosial dan Ekonomi Pemancing Rekreasi menjelaskan bahawa bilangan ini tidak banyak berubah dalam tempoh dua dekad ini.
Apa yang menarik, tinjauan pada tahun 2001 dan 2023 menunjuk bahawa nisbah pemancing dengan warga dewasa tetap pada tahap 1-terhadap-5, walaupun bilangan penduduk Australia telah meningkat dalam tempoh dua dekad berkenaan.Andy Moore, ahli sains perikanan
Menurut Moore, demografik penduduk Australia kini berubah dengan peningkatan golongan migran yang berhijrah ke negara ini melonjak naik dalam tempoh dua dekad yang sama.
Tambah beliau, memancing adalah suatu aktiviti yang dikongsi bersama di antara generasi muda dan tua di kalangan golongan migran.
Malahan katanya, "Apa yang jelas, pemancing generasi muda pastinya telah diajar memancing dari kecil oleh orang tua mereka."

Tanda amaran di kawasan memancing berbatu yang dianggap paling berbahaya. Source: Moment RF / Simon McGill/Getty Images
Apakah perundangan dan tatatertib memancing bagi setiap negeri dan wilayah ?
Stan Konstantaras ialah Presiden Perikatan Pemancing Rekreasi NSW yang mewakili pemancing di negeri itu dalam segala aktiviti memancing termasuk pertanding memancing ikan air tawar juga memancing menggunakan lembing.
Menurut beliau, setiap bidang kuasa mempunyai peraturan tersendiri, merangkumi pelbagai aspek memancing termasuk:
- Had jumlah tangkapan serta saiz ikan yang boleh dibawa pulang
- Spesies ikan yang dipancing
- Kelengkapan pancing yang digunakan
- Bilangan batang kail yang dibenarkan bagi setiap pemancing
- Umpan terlarang
Pemancing yang melanggar peraturan mungkin dikenakan denda dan bagi kesalahan besar, hukuman penjara turut dijatuhkan.
Undang-undang berkaitan memancing mudah diperolehi online serta melalui aplikasi rasmi yang lengkap dengan kemudahan perkhidmatan terjemahan.

Jika sabit kesalahan, pemancing boleh dikenakan denda atau hukuman penjara atau kedua-duanya sekali. Credit: SteveLuker/Getty Images
- Northern Territory
- South Australia
- New South Wales
- Western Australia
- Victoria
- Tasmania
- Australian Capital Territory
- Queensland
Stan Konstantaras turut menyarankan pemancing supaya mengunjungi kedai peralatan memancing berdekatan untuk mendapatkan nasihat tentang peraturan dan larangan memancing di kawasan masing-masing.
Pekerja di kedai memancing mempunyai maklumat meluas berkaitan segala aspek memancing dan mereka sentiasa bersedia berkongsi maklumat ini dengan pelanggan.Stan Konstantaras, Presiden Pakatan Perikanan Pemancing Rekreasi NSW
Apakah anda perlu mempunyai lesen memancing di Australia?
Di sesetengah negeri, termasuk South Australia, Queensland dan wilayah Northern Territory, pemancing tidak memerlukan lesen untuk memancing.
Manakala di negeri lain pula, lesen memancing mudah diperolehi dengan yuran yang berpatutan.
Pemancing diingati supaya mengguna laman web rasmi sahaja untuk memohon lesen memancing.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perikanan Victoria, Travis Dowling, menyaran pemancing supaya berwasapada dari menjadi mangsa penipuan pihak ketiga yang mungkin mengenakan bayaran berlebihan
READ MORE

#50 Let's go fishing! (Med)
Pengiktirafan hak memancing Warga Pertama Australia.
Kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres Australia mempunyai hak memancing mereka tersendiri.
Pemancing disaran menyemak dahulu kawasan perairan yang ingin dipancing bagi memastikan hak milik tradisional kaum orang asli negara ini dipatuhi dan dihormati.

Ketahui hak milik tradisional kaum orang asli di kawasan perairan seluruh Australia selaras dengan perundangan perikanan negeri anda. Credit: Rafael Ben-Ari/Getty Images
Apakah risiko yang dihadapi pemancing?
Aktiviti memancing mempunyai risikonya tersendiri.
Umpamanya, memancing di kawasan berbatu atau rock fishing.
Aktiviti ini dianggap paling berbahaya di Australia mencatat lebih 240 kes maut akibat kelemasan dalam tempoh dua dekad yang lalu.
Malangnya, menurut laporan persatuan penyelamat Royal Life Saving Society lebih separuh, iaitu 56% mangsa terdiri daripada pendatang dari Asia.
Bagi mengurangkan risiko ini, Perikatan Pemancing Rekreasi NSW melancarkan kempen keselamatan memancing di kawasan berbatu.
Konstantaras menjelaskan kenapa golongan migran sering menjadi mangsa ketika melakukan aktiviti memancing di kawasan berbatu.
“Seringkali, mereka melihat kawasan berbatu lantas turun untuk memancing tanpa menyedari akan bahaya yang dihadapi."
Salah satu cara terbaik untuk mengelak kecelakaan ketika memancing ialah dengan memakai jaket keselamatan yang mampu menyelamatkan nyawa.
Namun, menurut Konstantaras, sekiranya ombak laut terlalu tinggi dan keadaan cuaca membahayakan, pemancing disaran supaya membatalkan aktiviti memancing mereka.

Tangkapan seekor ikan kecil oleh kanak-kanak di Port Macquarie. Source: Moment RF / Clint Mcmanus/Getty Images
Apakah yang perlu dilakukan bagi memasti anda menjadi pemancing yang bertanggungjawab?
Langkah yang perlu diambil:
- Kendali dengan lembut dan teliti ikan yang ingin dilepaskan kembali ke sungai atau laut. Basahkan tapak tangan dan pastikan ikan terbabit tidak berada terlalu lama di luar air.
- jangan guna umpan yang sama dari suatu kawasan ke kawasan yang lain.
- Pungut segala sampah sarap anda.
- Hormati ruang pemancing lain dan kekalkan kawasan memancing untuk pelawat masa depan.
Travis Dowling dari Lembaga Perikanan Victoria menyarankan sedemikian:
Setiap kali anda pergi memancing, fikir sebegini, 'Bila saya datang sekali lagi ke tempat ini, saya ingin kawasan ini kekal keindahan dan kebersihannya tanpa sebarang pencemaran.'Travis Dowling, Lembaga Perikanan Victoria
Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.
Sila langgani atau ikuti podcast Australia Explained untuk mendapatkan maklumat serta petua berguna bagi membantu anda menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di Australia.
Apakah anda mempunyai pertanyaan atau cadangan topik atau isu seterusnya?






