Watch FIFA World Cup 2026™ LIVE, FREE and EXCLUSIVE

Komuniti Kepulauan Niue Kenang Jasa Perintis ANZAC

Anggota tentera Maori and Niue berenang di Narrow Neck Beach AWNS-19160120-39-02.jpg

Rekrut baru tentera ANZAC dari Kepulauan Niue di lautan Pasifik beristirehat di tepi laut ketika menjalani latihan di Auckland, New Zealand, sebelum dihantar ke medan peperangan Eropah sewaktu Perang Dunia Pertama pada tahun 1915. Credit: Auckland Public Libraries

Pahlawan ANZAC dari Pulau Niue tidak seharusnya dilupai. Jasa dan pengorbanan mereka diingati dan dihargai oleh generasi baru yang mengenang nasib sekumpulan 150 anak muda kepulauan yang meninggalkan pulau indah aman damai untuk dihantar ke medan peperangan Eropah semasa Perang Dunia Pertama.


Ikuti episod podcast menarik yang lain melalui SBS Bahasa Melayu

Pada tahun 1915, ketika perang melanda seluruh dunia, ramai anggota tentera ANZAC terkorban di Gallipoli.

Untuk mengganti bilangan anggota yang terkorban, kerajaan New Zealand ketika itu menumpu perhatian terhadap warga koloni Pasifiknya.

Dan New Zealand telah menerima tawaran dari kepimpinan Niue ketika itu untuk menghantar anak mudanya ke medan perang.

Datuk moyang Pastor Mohelagi Tutoka adalah antara 150 sukarelawan yang meninggalkan pulau tropika ini untuk berkhidmat dengan tentera New Zealand semasa Perang Dunia Pertama.

Pada masa itu, anak muda kepulauan bersemangat untuk menyertai perang ini tanpa mengetahui betapa teruknya pengalaman yang bakal dilalui.
Pastor Mohelagi Tutoka

Mereka diberi tugasan berat, termasuk menggali parit.

Perhentian pertama mereka adalah kem latihan di Auckland.

Penyakit terus menghantui rekrut sepanjang perjalanan dari New Zealand menuju ke Mesir.

Dalam pelayaran, wabak campak melanda kapal.

Saya rasa generasi sekarang tidak dapat bayangkan keperitan yang mereka lalui. Umpamanya, pemakaian kasut adalah sesuatu yang baru bagi mereka. Kumpulan ini juga mengalami kesejukan yang tidak pernah dirasai. Akibatnya, ramai yang jatuh sakit. Sebenarnya, salah seorang dari mereka berasal dari kampung kami dan beliau meninggal dunia setelah menghidapi radang paru-paru pada peringkat awal latihan di Auckland.
Mohelagi Tutoka

Perjalanan mereka dari Niue membawa anak kepulauan ini ke tengah-tengah medan peperangan Perancis dan akhirnya ke England, di mana sebilangan besar terpaksa menerima rawatan di hospital.

KIsah peperangan mereka menjadi subjek dua buah buku oleh ahli sejarah, Margaret Pointer.

Kira-kira 4,000 orang tinggal di pulau itu pada masa itu dan anak-anak muda ini dikumpulkan dan dibawa pergi, sebilangan besar tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Mereka tidak pernah memakai apa-apa di kaki, justeru kasut tentera benar-benar menyeksa mereka. Mereka tiada imuniti dari penyakit yang berleluasa di Eropah. Ramai yang jatuh sakit dengan radang paru-paru dan demam campak. Apabila dimasukkan ke hospital, mereka tidak memahami apa yang berlaku kepada mereka dan tiada siapa yang boleh menjelaskannya kerana mereka tidak boleh berkomunikasi. Nasib anak-anak muda ini amat menyedihkan.
Margaret Pointer, ahli sejarah

Bagi Presiden Niue ANZAC cawangan New South Wales, Colin Makani, pengiktirafan peranan anak muda Niue dalam lagenda ANZAC adalah sama penting dengan sumbangan mereka kepada legasi ANZAC.

Perdamaian dan kebebasan. mampu bergerak, melakukan apa yang kita ingini dengan bebas. Kebebasan kehidupan di negara aman, seperti New Zealand, Australia dan negara lain di seluruh dunia. Inilah hasil pengorbanan mereka.
Colin Makani, Presiden Niue ANZAC NSW

Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.


Share

Follow SBS Malay

Download our apps

Listen to our podcasts

Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service

Watch now