Tajuk Utama
- Hak milik tanah hanya merangkumi kawasan yang dimiliki oleh kerajaan dan tidak sama sekali membabitkan tanah yang dimiliki pihak individu atau komuniti lain.
- Hak milik tanah, hak milik asal dan perjanjian ialah istilah yang mempunyai makna dan proses perundangan berbeza. Namun ketiga-tiganya beetujuan mengiktiraf hubungan istimewa di antara kaum orang asli dengan bumi yang didiami demi menyokong kedaulatan mereka.
- Pergerakan menuntut hak milik tanah bermula dengan peristiwa tunjuk perasaan Wave Hill Walk-Off pada tahun 1966 yang menghasilkan kelulusan undang-undang penting, termasuk Akta Hak Milik Tanah Kaum Aboriginal (Wilayah Northern Territory) 1976.
- Apakah yang dimaksudkan sebagai hak milik tanah kaum Aboriginal Australia?
- Bagaimanakah bermulanya pergerakan menuntut hak milik tanah di Australia?
- Apakah yang terangkum dalam hak milik tanah kaum orang Aboriginal?
- Apakah perbezaan di antara hak milik tanah, hak milik asal dan perjanjian?
- Kenapa isu hak milik tanah kaum orang asli masih berterusan??
- Contoh: Majlis Tanah Aboriginal Darkinjung
- Apakah cabaran yang dihadapi?
- Kenapa isu hak milik tanah kaum orang asli membabitkan semua warga Australia?
Apakah yang dimaksudkan sebagai hak milik tanah kaum Aboriginal di Australia?
Sekian lama, hak milik tanah kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres terhadap bumi yang didiami tidak lansung diiktiraf oleh penjajah kulit putih.
Hanya setelah pembentangan dan kelulusan rang undang-undang baru hak milik tradisi tanah kaum orang asli diikrafkan.
Sebelum kedatangan orang kulit putih, kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres memelihara dan mengurus bumi yang didiami sejak puluhan ribu tahun lalu.
Namun, pihak penjajah telah merampas tanah yang didiami oleh masyarakat orang asli tanpa sebarang persetujuan, berdasarkan tanggapan palsu, Terra Nullius, atau tanah yang tidak dimiliki sesiapa.

Perdana Menteri, Gough Whitlam, secara simbolik menabur tanah ke atas tangan Vincent Lingiari, melambangkan pemulangan tanah kepada suku kaum beliau, Gurindji, pada 16 August 1975. Source: AAP
Bagaimana bermulanya tuntutan hak milik tanah kaum Aboriginal?
Pergerakan hak milik tanah kaum orang asli mula mendapat perhatian pada tahun 1966 ekoran peristiwa Wave Hill Walk-Off.
Kemudian pada tahun 1967, sebuah referendum kebangsaan melihat kerajaan ketika itu meluluskan undang-undang berkaitan hak milik tanah warga pertama Australia.
Pada tahun itu, Akta Hak Tanah Orang Asli Wilayah Northern Territory diluluskan, undang-undang pertama yang mengiktiraf tuntutan tanah tradisional.
Walaupun ketika itu beberapa negeri dan wilayah di Australia telah meluluskan undang-undang hak milik tanah negeri masing-masing, secara keseluruhannya Australia tidak mempunyai undang-undang nasional berkaitan hak milik tanah kaum orang asli.
Apakah yang terangkum dalam hak milik tanah kaum orang asli?
Hak milik tanah hanya merangkumi tanah kerajaan atau Crown land.
Tanah milik persendirian dikecualikan.
Tanah yang dipulangkan kepada kaum orang asli tidak boleh dijual mahupun dipajak.
Sebaliknya, komuniti orang asli yang mendiami di tanah terbabit bertindak selaku penjaga dan penentu tujuan penggunaan tanah terbabit.
Majlis tanah atau land council turut ditubuhkan untuk mewakili dan membantu kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres mengurus tanah yang dikembalikan kepada mereka.
READ MORE

Explainer: The '67 Referendum
Apakah perbezaan di antara hak milik tanah, hak milik asal dan perjanjian?
Selama ini, tiga istilah berikut iaitu, hak milik tanah, hak milik asli dan perjanjian sering disalah-gunapakai.
Namun, ketiga-tiga istilah ini mempunyai makna yang berbeza.
- Land rights atau hak milik tanah menjurus kepada undang-undang yang memulangkan tanah kepada kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres.
- Tanah ini lazimnya diurus oleh majlis tanah yang mewakili dan membantu komuniti orang asli.
- Manakala, native title atau hak milik asal ialah pengiktirafan bahawa sesetengah kaum orang asli masih mempunyai hak ke atas tanah dan perairan mereka, berdasarkan undang-undang tradisional dan adat resam yang berkekalan sejak beribu tahun lalu..
- Treaty atau perjanjian pula ialah perjanjian rasmi antara kerajaan dan warga pertama Australia. Negara seperti New Zealand dan Kanada kini memeterai perjanjian sebegini. Namun di Australia, perjanjian sebegini masih tidak tercapai.

Peristiwa Wave Hill walk-off, diketuai oleh Vincent Lingiari, merupakan detik penting dalam sejarah perjuangan hak milik tanah kaum orang asli di Australia. Pada tahun 1966, pekerja ladang Gurindji dan keluarga mereka beramai-ramai meninggalkan ladang terbabit sebagai protes terhadap keadaan tempat kerja yang teruk serta ketiadaan hak milik tanah nenek moyang mereka sendiri. Credit: National Museum Australia
Kenapa isu hak milik tanah kaum Aboriginal masih relevan sehinga kini?
Memulangkan hak milik tanah kepada kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres mampu membantu masyarakat orang asli dengan budaya, bahasa dan warisan mereka.
Ia juga mampu mempertingkatkan tahap ekonomi kaum orang asli.
Dr Virginia Marshall, dari suku kaum Wiradjuri Nyemba yang juga seorang pakar hak perairan menerangkan sedemikian.
“Suku kaum orang asli memahami pergerakan air di sungai dan tasek. Kami menghayati pertumbuhan pokok dan segala benda hidup yang wujud di bumi yang didiami. Kaum orang asli tidak memerlukan teknologi barat untuk memahami segala ini."
Pengiktirafan hak milik tanah kepada kaum Aboriginal dan Orang Kepualan Selat Torres tidak bermakna perampasan hak milik tanah dari individu lain.
Sebaliknya, hak milik tanah hanya merangkumi tanah kerajaan dan ianya dilakukan demi keadilan, iaitu memulangkan hak milik asal yang berada di tangan kaum orang asli sebelum kedatangan orang Eropah ke benua ini.
Majlis Tanah Darkinjung ialah contoh pemulangan hak milik yang berkesan.
Impak memiliki hak tanah warisan sememangnya ketara.
Contohnya, Majlis Tanah Tempatan Orang Asli Darkinjung, yang ditubuhkan di bawah Akta Hak Tanah Orang Asli NSW.
Menurut pengasas Majlis Tanah Darkinjung, Uncle Barry Duncan, dari suku kaum Gomeroi, majlis ini ditubuhkan di halaman rumah ibu bapanya pada tahun 1983.
Menurut beliau, sejak itu, Majlis tanah Darkinjung berjaya membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada suku kaum asli tempatan untuk mempertingkatkan taraf kehidupan mereka.

Vincent Lingiari berdiri di sebelah plak memperingati penyerahan kembali hak milik tanah Wattie Creek pada tahun 1975. Credit: National Museum Australia
Apakah cabaran seterusnya berkaitan isu hak milik tanah kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres?
Isu hak milik tanah adalah antara perkara penting bagi memastikan perdamaian dan pengiktirafan serta pembetulan ketidakadilan yang dilakukan oleh pendatang Eropah terhadap kaum orang asli negara ini.
Walaupun Australia telah mencapai kemajuan yang tinggi dalam segala aspek yang lain, langkah masih perlu dilaksanakan untuk memperbetul segala kesilapan dan ketidakadilan zaman silam
Kenapa isu hak milik tanah penting bagi semua warga Australia?
Bagi mereka yang baru mengenali Australia, memahami hak milik tanah ialah satu langkah penting untuk mendalami dan memahami sejarah negara ini.
Pengiktirafan hak milik tanah kepada kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres tidak bermakna tanah itu dirampas dari individu atau komuniti lain di negara ini yang mungkin kehilangan hak milik tanah mereka.
Sebaliknya, pengiktirafan bertujuan mengembalikan hak asasi dan hubungan dengan bumi didiami yang wujud sejak lebih 60,000 tahun lalu di kalangan warga pertama Australia.
Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.
Anda mempunyai idea atau cadangan untuk episod Australia Explained seterusnya? Sila email cadangan anda kepada australiaexplained@sbs.com.au