Krisis Kemampuan Perumahan
- 2024-2025: 1.26 juta warga Australia, khususnya golongan pendapatan rendah, hadapi tekanan kemampuan perumahan.
- Pada tempoh yang sama, 44.5% pembeli rumah hadapi tekanan untuk membayar ansuran pinjaman perumahan mereka.
- Manakala 70% penyewa kini akui tidak mampu membayar sewa rumah.
Mengikut laporan organisasi kebajikan, Mission Australia, setiap malam di negara ini, hampir 122,000 warganya tidak mempunyai tempat untuk bermalam.
Dari jumlah itu, 17,600 terdiri daripada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Dan 37% daripada jumlah ini memohon tempat berlindung kecemasan akibat penderaan domestik.
Malahan, setiap tujuh minit, seorang mangsa keganasan domestik memohon bantuan kecemasan tempat berlindung.
Bagi seorang warga Melayu yang membesar di Australia, masalah ini telah disaksinya sendiri sejak kecil lagi.
Menurut Zoe Nooratiqah Simkin, "Semasa kecil, saya dah mula melihat orang yang kirang bernasib baik memohon bantuan di tepi jalan."
Bagi Zoe, kesedaran ini ketara sejak kecil kerana ibu beliau, Nora Hassan Simkin, yang berasal dari Malaysia, giat menjalankan aktiviti kebajikan melalui Yayasan An Nur yang ditubuhi beliau.
Beliau giat dalam aktiviti kebajikan jadi sejak kecil lagi saya melihat dan mengikuti beliau membantu golongan yang memerlukan.Zoe Nooratiqah Simkin
Demi menghayati apa yang dilalui oleh golongan yang tidak mempunyai tempat untuk berteduh, Zoe dan rakan-rakan beliau menyahut cabaran bermalam di luar untuk mengutip derma sambil mengutarakan isu kemampuan perumahan di Australia yang kini dianggap sebagai suatu krisis mendadak.
Cabaran yang bergelar 'Sleepout' ini anjuran Mission Australia mensasar kutipan sekurang-kurangnya $100,000 tahun ini.
Mengikut Zoe, beliau amat gembira kerana telah melebihi sasaran kutipan derma hasil sumbangan masyarakat sekeliling yang prihatin.
Bagi anda yang berminat membantu, Mission Australia adalah antara beberapa pertubuhan kebajikan yang giat membantu golongan yang memerlukan.
Sila layari Sleepout Mission Australia atau kempen yang dianjurkan oleh pertubuhan kebajikan Salvation Army Salvos Sleepout.
Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.