Warga Melayu Ini Uji Bakat Dalam Peraduan Menyanyi Hari Australia

Mohd Amar Amirul uji bakat menyanyi dalam pertanding Australia Day Multicultural Talent Quest 2026.jpg

Mohd Amar Amirul uji bakat menyanyi dalam pertanding Australia Day Multicultural Talent Quest 2026. Credit: SBS Bahasa Melayu

Hari Australia disambut dengan pelbagai cara dan tahun ini, satu pertandingan menyanyi dianjurkan membabit peserta berbilang kaum. Pertandingan Australia Day Multicultural Talent Quest 2026 yang berlansung di Collingwood, Victoria, melihat seorang warga Melayu dari Kluang, Johor, mengambil bahagian.


Ikuti episod podcast menarik yang lain melalui SBS Bahasa Melayu.

Mohamad Amar Amirul Mohd Yusri sememangnya berminat menyanyi namun kerana beliau seorang yang pemalu, minat ini sekian lama terpendam.

Namun, sembilan tahun sejak meninggalkan tanahair untuk cuba mengubah nasib di Australia, akhirnya hasrat untuk menyanyi di depan khalayak ramai tercapai.

Amar adalah salah seorang peserta dalam pertandingan bakat Australia Day Multicultural Talent Quest yang dianjurkan sempena sambutan Hari Australia tahun ini, berlansung di Collingwood, Victoria.

Di Malaysia, Amar tidak pernah cuba menceburi diri dalam sebarang pertandingan menyanyi.

Katanya, "Saya pemalu, introvert, tak ada kekuatan untuk bertanding."

Jadi, apa yang berbeza di Australia?

Di sini, tiada siapa kenal saya, jadi mungkin sebab itulah saya berani ceburi diri.
Mohd Amar Amirul Mohd Yusri, peserta Australia Day Multicultural Talent Quest 2026

Warga Melayu yang berasal dari Kluang, Johor ini mengikuti jejak langkah yang sama seperti ramai warga Malaysia lain yang datang ke Australia untuk bekerja di ladang dan kilang yang menawarkan peluang pekerjaan.

Di Malaysia, Amar bekerja dalam bidang pembinaan selepas tamat sekolah.

Saya bukan dari keluarga yang senang. Di sini, saya bekerja di ladang selama empat setengah tahun dan pada 2021, saya rasa cukuplah duduk di ladang dan berpindah ke Melbourne. Inilah bermula semuanya untuk saya.
Mohd Amar Amirul Mohd Yusri

Di Melbourne, Amar mendapat sijil setelah menjalani kursus perakaunan dan tata buku dan tahun ini, beliau ingin menyambung pengajian untuk mendapatkan diploma pula.

Namun, minat menyanyi itu masih ada, mendorong beliau mengikuti kelas vokal untuk membantu mendendangkan balada yang sememangnya genre musik kegemaran beliau.

Penyanyi tempatan kegemaran saya ialah Siti Nurhaliza kerana saya membesar dengan lagu beliau. Saya suka personaliti dia. Penyanyi barat pula, Celine Dion.
Mohd Amar Amirul

Dalam pertanding ini, Amar mempersembahkan lagu yang dipopularkan oleh M. Nasir, Mentera Semerah Padi, lengkap dengan pakaian baju Melayu hitam bersongket emas.

Walaupun beliau tewas dalam pertandingan kali ini di tangan penyanyi dari Filipina, Amar tetap berazam untuk terus menyanyi.

Syabas Amar kerana mencuba dan semoga berjaya dalam pertandingan seterusnya.

Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.


Share
Follow SBS Malay

Download our apps
SBS Audio
SBS On Demand

Listen to our podcasts
Independent news and stories connecting you to life in Australia and Malay-speaking Australians.
Ease into the English language and Australian culture. We make learning English convenient, fun and practical.
Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS
SBS World News

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service