SKIP TO MAIN CONTENT

Apakah Buah Dan Bunga Dari Pokok Di Jalur Hijau Boleh DiPetik Tanpa Kebenaran?

Verge planting.jpg
Jalur hijau kawasan perumahan di bandar Freemantle, Western Australia. Credit: City of Fremantle

Di Australia, wujud pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran dan herba yang ditanam di perkarangan atau di jalur hijau di depan rumah. Namun, bolehkah anda memetik hasil tanaman terbabit? Dalam episod Australia Explained kali ini, ketahui apa yang dibenarkan, perkara yang terlarang serta bagaimana kebun komuniti menawarkan alternatif untuk bercucuk-tanam.


Published

By Zaini Ahmad, Phil Tucak

Presented by Zaini Ahmad

Source: SBS



Skip to podcast episode content

Di Australia, wujud pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran dan herba yang ditanam di perkarangan atau di jalur hijau di depan rumah. Namun, bolehkah anda memetik hasil tanaman terbabit? Dalam episod Australia Explained kali ini, ketahui apa yang dibenarkan, perkara yang terlarang serta bagaimana kebun komuniti menawarkan alternatif untuk bercucuk-tanam.


Key Points

  • Mengambil hasil tanaman dari kebun jiran tetangga boleh dianggap mencuri.
  • Pastikan anda pohon kebenaran terlebih dahulu kecuali hasil tanaman dalam kotak di depan rumah yang dipelawa kepada semua.
  • Sertai kebun komuniti jika anda minat bercucuk-tanam.

Ikuti episod podcast menarik yang lain melalui SBS Bahasa Melayu.

Bolehkah Anda Memetik Buah atau Bunga Dari Pokok Di Perkarangan Atau Jalur Hijau Di Depan Rumah Jiran Tetangga?

Mungkin buah yang tergantng mudah dicapai, namun ia tidak bermakna anda boleh memetiknya sesuka hati.

Seperti yang dijelaskan oleh Jarrad Duggan, yang mengetuai Pasukan Keselamatan Komuniti di bandar Fremantle, Western Australia, mengambil hasil tanaman dari halaman rumah orang lain boleh dianggap sebagai mencuri.

Jelas Duggan, "Sebenarnya, anda tidak dibenarkan dari segi undang-undang untuk memasuki mana-mana kawasan milik orang lain tanpa kebenaran mereka."

"Anda tidak boleh sesuka hati masuk ke tanah milik seseorang dan mengambil apa-apa dari kawasan mereka kerana tindakan itu sebenarnya boleh dianggap sebagai mencuri", tambah beliau.

Bagi kawasan jalur hijau pula, anda tidak dibenarkan mengambil apa-apa daripadanya walaupun tanah itu dimiliki pihak berkuasa tempatan. Anda tetap memerlukan kebenaran dari penghuni rumah yang berdepan jalur hijau terbabit.
Jarrad Duggan / Ketua Keselamatan Komuniti Freemantle, WA
Verge tree.jpg
Mungkin anda tergerak hati untuk memetik buah yang tergantung di jalur hijau. Namun, apakah implikasinya dari segi undang-undang? Credit: Pexels/Strannik-sk

Apakah Tata-Tertib Memetik Hasil Tanaman Di Perkarangan Rumah Jiran?

Jika hasil tanaman itu tumbuh di tanah persendirian milik seseorang, anda hendaklah sentiasa meminta kebenaran pemilik atau penghuni rumah terbabit.

Jelas Jarrad Duggan, “Bagi kawasan jalur hijau pula, sekali lagi, anda juga sebenarnya tidak dibenarkan mengambil apa-apa daripadanya tanpa kebenaran penghuni rumah."

Andrea Sciubba.jpg
Andrea Sciubba mempelawa buah lemon berlebihan dari taman beliau. Credit: Josh Jenkins

Apakah Yang DiMaksudkan Sebagai Kebun Komuniti?

Jika anda ingin bercucuk tanam namun anda tinggal di pangsapuri atau rumah yang mempunyai ruang terhad, anda boleh menyertai kebun komuniti berdekatan.

Hurstville Community Garden di kawasan pinggir bandar Sydney mempunyai kawasan berkebun komuniti serta lebih daripada 30 petak untuk pekebun individu.

Salah seorang ahli kebun komuniti ini ialah Sofia Carvajal.

Ini peluang anda untuk belajar pelbagai cara menanam buah-buahan dan sayur-sayuran. Setiap kebun komuniti mempunyai peraturan tersendiri. Sebilangan besar mempunyai program tertentu yang membolehkan sukarelawan menyertai selama beberapa minggu untuk memerhati proses bercucuk tanam di kebun komuniti. Saya melalui proses yang sama dan ianya benar-benar mengubah kehidupan saya.
Sofia Carvajal / Ahli Kebun Komuniti Hurstville, NSW
Urban produce.jpg
Di Australia, penghuni seringkali membuat kebun di perkarangan depan rumah. Credit: Pexels/Ivy Nguyen

Tak kira di mana jua amda berada, wujud peluang untuk menanam hasil makanan anda sendiri.

Namun ingat, jika anda ingin memetik hasil tanaman yang tumbuh di halaman rumah jiran atau di kawasan jalur hijau mereka, anda perlu memohon kebenaran terlebih dahulu.

Langgani atau ikuti podcast Australia Explained untuk mendapatkan maklumat serta petua membantu anda memulakan hidup baru di Australia.

Apakah anda mempunyai pertanyaan atau ingin mengutarakan topik menarik? Email australiaexplained@sbs.com.au

Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.


Latest podcast episodes

Follow SBS Malay

Download our apps

Listen to our podcasts

Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service

Stream now