Colours of Malaysia Raikan Kekayaan Kulinari Dari Tanahair

Pesta tahunan Colours of Malaysia 2025 di Queen Victoria Market, Melbourne, raikan kekayaan kulinari dari Malaysia.jpg Credit: SBS Bahasa Melayu

Pesta tahunan Colours of Malaysia 2025 di Queen Victoria Market, Melbourne, raikan kekayaan kulinari dari Malaysia.jpg Credit: SBS Bahasa Melayu

Pesta Colours of Malaysia 2025 berlansung di Queen Victoria Market, Melbourne, baru-baru ini memaparkan segala yang terbaik dan enak dalam dunia kulinari tanahair. SBS Bahasa Melayu menemui pengusaha dari Malaysia, kesemuanya bangga berpeluang meraikan keunikan dan kekayaan makanan dari tanahair di negara baru mereka.


Tahun ini, lebih dua puluh pengusaha di kalangan diaspora Malaysia di Victoria mengambil bahagian dalam pesta Colours of Malaysia yang berlansung di Queen Victoria Market, Melbourne.

Antaranya, Dwiana Surianto berasal dari Sandakan, Sabah, kini menetap di Victoria lebih 7 tahun yang menjayakan gerai kueh-mueh asli dari Malaysia.

Lebih dikenali sebagai Dewi, beliau sememangnya mempunyai perniagaan kueh-mueh asli di Sandakan sebelum berhijrah ke Australia.

Dewi menawarkan kueh-mueh tradisional dari Malaysia termasuk bingka pandan, tepung pelita, pulut panggang serta pulut durian.
Yang paling viral di kalangan pelanggan saya ialah pulut panggang yang disediakan mengikut resipi tradisional dengan ramuan asli. Malahan, pulut panggang ini ialah sajian 'signature' kueh asli kami.
Dwiana Surianto, pengusaha kueh-mueh asli Malaysia
Sememangnya pulut panggang dan pulut durian yang disajikan oleh Dewi hari itu benar-benar autentik dan enak sekali seperti yang didapati di Malaysia.

Seorang lagi pengusaha yang memaparkan kueh asli ialah Zahari Afandi, menjayakan gerai cucur kodok pisang, kueh keria dan cucur badak.

Jelas Zahari, beliau menyertai pesta Colours of Malaysia kali ini kerana ingin memperkenalkan juadah-juadah tradisional kepada diaspora Malaysia yang merindui kueh-mueh sebegini serta memperkenalkannya kepada warga Australia yang lain.

Colours of Malaysia 2025 ialah tahun ketiga pembabitan Nik Mohd Nasyron Syah Nik Daud, selaku Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne.

Menurut beliau, Australia dan Malaysia berkongsi identiti sebagai negara berbilang kaum yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan tradisi.

Namun, jelas Nik Nasyron, kelebihan Malaysia ialah dari segi makanan.
Makanan ialah titik kesamaan atau common factor di kalangan rakyat Malaysia. Bila warga kita berbual sesama sendiri, topik makanan pastinya muncul terlebih dahulu.
Nik Md Nasyron Syah Nik Daud, Konsul Jeneral Malaysia, Melbourne
Pesta Colours of Malaysia dianjurkan setiap tahun oleh Majlis Pelajar Malaysia Australia, MASCA cawangan Victoria.

Bagi Pengarah Projek pesta tahun ini, Dhanieya Mahadhevan, pengalaman yang diperolehi tidak terkira.

Walaupun penat dan tidak cukup tidur menjelang pesta tahun ini, Dhanieya serta rakan sepelajar yang sama-sama menjayakan Colours of Malaysia 2025 enggan menolak kemungkinan menjayakan sekali lagi pesta ini pada masa yang akan datang.

Syabas kepada semua yang terbabit menjayakan Colours of Malaysia 2025.

Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.

Share
Follow SBS Malay

Download our apps
SBS Audio
SBS On Demand

Listen to our podcasts
Independent news and stories connecting you to life in Australia and Malay-speaking Australians.
Ease into the English language and Australian culture. We make learning English convenient, fun and practical.
Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS
SBS World News

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service