Warga Melayu, Cina dan India dari Malaysia Meriahkan Pasar Malam di Victoria

Warga Malaysia berbilang kaum memeriahkan Pasar Malam Glen Waverley di Victoria. Credit: SBS Malay

Warga Malaysia berbilang kaum memeriahkan Pasar Malam Glen Waverley di Victoria. Credit: SBS Malay

Walaupun jauh merantau dari tanahair, warga Malaysia di Melbourne, Victoria, bukti semangat perpaduan kaum memeriahkan Pasar Malam Glen Waverley yang berlansung baru-baru ini. Zaini Ahmad berpeluang mengunjung pesta penuh kemeriahan ini sambil berbual dengan pengunjung berbilang kaum.


Fakta di hujung jari
  • Mengikut banci 2021, diaspora Malaysia di Australia mencecah 165,600 terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India.
  • Jumlah ini hanya merangkumi golongan yang dilahir di Malaysia.
  • 53.4% terdiri dari kaum wanita dan 46.6% kaum lelaki.
  • Victoria mempunyai jumlah tertinggi bilangan warga Malaysia yang berhijrah ke Australia.
  • Seramai 62,000 warga Malaysia kini menetap di Victoria.
Sebut saja pasar malam dan warga Malaysia yang kini memanggil Australia negara baru mereka pastinya tidak akan terlepas peluang mengunjungi gerai-gerai yang menawarkan sajian popular dari tanahair.

Aktiviti mengunjungi pasar malam mungkin suatu perkara biasa di Malaysia, namun bagi mereka yang merantau ke luar negara, peluang menikmati juadah enak sambil menghayati suasana meriah menjadikan aktiviti ini begitu istimewa.

Antara pengunjung pasar malam Glen kali ini ialah Jigna Kumar, yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur.

Jigna, yang berhijrah ke Australia 17 tahun lalu, tidak mahu terlepas peluang mengujung pasar malam Glen kali ini kerana peluang sebegini berlaku hanya sekali-sekala sahaja.

Katanya, "Saya dah dua kali ke pasar malam Glen ini, minggu lalu dan minggu ini. Antara kegemaran saya, apam balik yang sememangnya sukar didapati di Australia."
Pasar malam sememangnya sudah sinonim dengan Malaysia. Sebut pasar malam saja sudah mencukupi untuk menarik perhatian dan minat saya.
Jigna Kumar, berasal dari Cheras, Kuala Lumpur, 17 tahun di Australia.
Seorang lagi pengunjung pasar malam di Glen Waverley, Victoria, ini ialah bekas warga Sarawak, Anthea Goh.

Bagi Anthea, pasar malam sebegini memberi peluang kepada pengunjung menikmati sajian enak dari Malaysia.

Anthea yang mengunjung pasar malam kali ini bersama suami dan mertua beliau meluahkan kerinduan terhadap makanan dari tanahair.

Pasar malam sebegini memberi peluang kepada semua untuk menikmati sajian dari Malaysia. Antara kegemaran saya, satay dan keropok lekor.
Anthea Goh, bekas warga Sarawak.
Pengunjung ke pasar malam Glen kali ini berpeluang menikmati juadah popular dari tanahair, termasuk pisang goreng, keropok lekor, apam balik, satay, laksa Sarawak, murtabak juga minuman kegemaran rakyat Malaysia, teh ais.

Jika anda terlepas peluang kali ini, jangan kecewa.

Penganjur memberitahu SBS Bahasa Melayu bahawa pasar malam seterusnya sudah pun dalam perancangan.

Pastikan anda mengikuti SBS Bahasa Melayu untuk pengumuman pasar malam dan pesta budaya seterusnya.

Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.

Share
Follow SBS Malay

Download our apps
SBS Audio
SBS On Demand

Listen to our podcasts
Independent news and stories connecting you to life in Australia and Malay-speaking Australians.
Ease into the English language and Australian culture. We make learning English convenient, fun and practical.
Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS
SBS World News

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service