Pasar Malam Glen Pupuk Perpaduan Kaum

Apam balik antara juadah paling popular dijual di pasar malam. Credit: SBS Bahasa Melayu

Apam balik antara juadah paling popular dijual di pasar malam. Credit: SBS Bahasa Melayu

Mengunjung dan membeli juadah di pasar malam sememangnya menjadi suatu aktiviti popular di Malaysia. Namun, aktiviti kebiasaan semua rakyat Malaysia ini membawa penuh makna apabila ianya dianjurkan di luar negara, lebih-lebih lagi kerana ianya juga mampu memupuk semangat perpaduan di kalangan warga Malaysia yang merantau.


Pasar Malam Glen Waverley
  • Lokasi: Black Flat Community Centre, Glen Waverley
  • Setiap hujung minggu mulai 26 September sehingga 5 Oktober, 2025
  • Jam 3.00ptg hingga 9.00mlm
Ekoran kejayaan pasar malam yang berlansung di subbandar Noble Park, Victoria, baru-baru ini, penganjur pesta menerima banyak permintaan dari warga Malaysia berbilang kaum yang inginkan aktiviti popular ini dilanjutkan.

Kejayaan yang turut menarik perhatian majlis perbandaran Monash yang lantas meluluskan permit untuk penganjur menjayakan pasar malam di pusat komuniti Black Flat.

Zahari Afendi dari Komuniti Malaysia Victoria adalah salah seorang penganjur pasar malam ini.

Menurut Zahari, pasar malam kali ini mampu mengeratkan lagi tali persahabatan di antara warga Malaysia dengan penduduk tempatan.
Pasar malam ini mendatangkan suatu keharmonian untuk penduduk setempat, bukan setakat menambah pendapatan untuk warga kita, malahan warga Australia sendiri merasa keindahan bersama-sama menikmati juadah (dari tanahair).
Zahari Afendi, co-penganjur pasar malam Glen Waverley
Namun setiap kejayaan lazimnya didahului cabaran.

Setelah berjaya menganjurkan pasar malam dan bazaar Ramadan di Victoria sebelum ini, Zahari Afendi menerangkan bahawa jelas ketara perbezaan pemahaman tahap keselamatan makanan di antara pegawai majlis perbandaran di Australia dengan peniaga dari Malaysia.

Menurut Zahari, penyediaan makanan Malaysia berbeza dan lazimnya, tahan lebih lama tanpa keperluan penyejukan.

Umpamanya dari segi kueh-mueh. Kueh dia perlu dimasukkan dalam peti ais, manakala kueh kita tak perlu dimasukkan dalam peti ais.
Zahari Afendi, Komuniti Victoria Malaysia
Apa pun, pastikan anda tidak terlepas peluang mengunjungi Pasar Malam Glen Waverley yang beroperasi hanya buat seketika sahaja menawarkan "menu rindu", iaitu sajian-sajian popular dari tanahair, termasuk pisang goreng, keropok lekor, satay, apam balik dan banyak lagi juadah yang enak dan lazat.

Sesi terkahir berlansung 5hb Oktober, 2025, bermula jam 3.00 petang hingga 9.00 malam.
Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.

Share
Follow SBS Malay

Download our apps
SBS Audio
SBS On Demand

Listen to our podcasts
Independent news and stories connecting you to life in Australia and Malay-speaking Australians.
Ease into the English language and Australian culture. We make learning English convenient, fun and practical.
Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS
SBS World News

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service