Kontinjen Victoria Rangkul Juara Keseluruhan Muafakat Games 2026

Kontinjen Victoria rangkul Juara Keseluruhan Muafakat Games 2026 yang berlansung di Melbourne. Credit: SBS Bahasa Melayu
Kontinjen Victoria rangkul Juara Keseluruhan Muafakat Games 2026 yang berlansung di Melbourne. Credit: SBS Bahasa Melayu

Buat tahun ketiga, Muafakat Games 2026 kali ini berlansung di Melbourne. Temasya sukan anjuran pelajar Malaysia di Australia ini semakin tahun semakin besar dan kali ini memaparkan dua kategori baru, e-sports dan acara track and field, balapan dan padang. SBS Bahasa Melayu menjenguk upacara penutup Muafakat Games di Federation Square.


Published

By Zaini Ahmad

Presented by Zaini Ahmad

Source: SBS



Share this with family and friends


Buat tahun ketiga, Muafakat Games 2026 kali ini berlansung di Melbourne. Temasya sukan anjuran pelajar Malaysia di Australia ini semakin tahun semakin besar dan kali ini memaparkan dua kategori baru, e-sports dan acara track and field, balapan dan padang. SBS Bahasa Melayu menjenguk upacara penutup Muafakat Games di Federation Square.


Ikuti episod podcast menarik yang lain melalui SBS Bahasa Melayu.

Selaku tuan rumah, kontinjen Victoria bukan setakat menjadi hos kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam temasya sukan tahunan anjuran pelajar Malaysia yang menuntut di institusi pengajian tinggi di seluruh Australia.

Tahun ini melihat kontinjen pelajar Malaysia dari Queensland, New South Wales, South Australia, Australian Capital Territory, Western Australia menyertai team Victoria turun padang di Melbourne untuk bertanding dalam pelbagai acara sukan.

Selain menjadi tuan rumah, kontinjen Victoria juga dinobatkan Juara Keseluruhan Muafakat Games 2026, menjadikan kemenangan kali kedua bagi Victoria,

Ketua Kontinjen Victoria, Adam Asyraf Roslanzairi, akui beliau sememangnya minat bermain bola sepak.

Namun, menurut pelajar data sains dan AI di Universiti Monash, "Kali ini sebagai pengurus kontinjen, saya terpaksa mengenepikan minat saya dalam bola sepak untuk mengurus dan menyumbang kepada kontinjen Victoria tahun ini supaya kita dapat merangkul piala ini."

Saya sangat bangga dengan semua pasukan saya, semua pelajar yang telah berusaha dan saya sangat menghargai semua orang. Setiap satu daripada mereka telah memberi yang terbaik untuk Muafakat Games pada tahun ini dan sememangnya kami punya rancangan untuk mengekalkan kejuaraan ini di Melbourne.
Adam Asyraf Roslanzairi / Ketua Kontinjen Victoria Muafakat Games

Bagi Pengurus Projek Muafakat Games 2026, Raja I'rfan Imanullah Raja Azmer Syahren, cabaran menjayakan temasya sukan sebegini sememangnya banyak tapi berbaloi kerana manfaatnya tidak ternilai.

Saya dapat berjumpa dan berkenalan dengan ramai orang baru. Saya dapat bina keyakinan diri. Saya juga dapat belajar bagaimana cara untuk mengurus orang. Dan selain daripada itu, saya juga dapat mempelajari selok-belok di sebalik dunia sukan, bagaimana cara orang-orang di luar sana menganjur temasya yang besar. Umpamanya, kita ada FIFA World Cup, bagaimana mereka menguruskan aktiviti pertandingan bola sepak itu.
Raja I'rfan Imanullah Raja Azmer Syahren / Pengurus Projek Muafakat Games 2026

Pelajar tahun kedua jurusan sains dengan pengkhususan bioteknologi di Universiti Melbourne ini berpuas hati dengan kejayaan temasya tahun ini.

Apakah antara pencapaian tahun ini yang berbeza dari temasya sebelum ini?

Tahun ini kita ada satu acara baru iaitu acara track and field yang belum pernah dianjurkan lagi. Kita dapat kemukakan banyak bakat-bakat baru di kalangan pelajar Malaysia untuk menyerlah dalam acara ini. Saya juga dapat lihat bagaimana mereka cuba sedaya upaya untuk sampai juga ke barisan penamat.
Raja I'rfan Imanullah Bin Raja Azmer Syahren / Pengurus Projek

Pengarah Education Malaysia Australia, Nabil Muzhaffar Amir Hamzah, menyifatkan semangat tinggi yang dipamerkan oleh para pelajar yang mengambil bahagian sebagai suatu yang amat memeransangkan.

Katanya, pelajar dari tanahair yang dihantar oleh kerajaan Malaysia untuk melanjutkan pengajian di luar negara bukan setakat untuk belajar sahaja.

Salah satu perkara yang Kementerian Pendidikan Tinggi telah menggariskan bahawa pelajar-pelajar Malaysia yang pergi ke luar negara bukan sahaja melanjutkan pelajaran tetapi mereka juga diberikan pendedahan kepada penganjuran majlis seperti ini untuk mengasah bakat dan juga sahsiah mereka.
Nabil Muzhaffar Amir Hamzah / Pengarah Education Malaysia Australia

Harapan Nabil Muzhaffar ialah supaya Muafakat Games ini terus dijayakan bagi tahun-tahun yang akan datang.

Ini adalah salah satu platform bagi perpaduan komuniti Malaysia di Australia yang bukan sahaja melibatkan para pelajar tetapi juga para profesional, penjawat awam serta komuniti diaspora Malaysia di Australia yang terlibat bersama-sama menjayakan program Muafakat Games ini.
Nabil Muzhaffar Amir Hamzah / Pengarah Education Malaysia Australia

Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne, Nik Nasyron Syah Nik Daud, bangga dengan kejayaan Muafakat Games kali ini sejak temasya ini diperkenaklan tiga tahun lalu, bermula di Sydney diikuti pula dengan Brisbane.

Menurut Nik Nasyron, kecemerlangan Muafakat Games 2026 menunjukkan bahawa pelajar Malaysia di Australia serba boleh.

Sebagai contoh, dalam penganjuran Muafakat Games ini, bukan semuanya bermain sukan. Ada yang menjadi penganjur, ada yang menjadi sukarelawan dan ada yang menjadi pembantu. Semua ini memerlukan bakat dan kesungguhan. Jadi saya amat bersyukur dan sangat bangga dengan dedikasi yang ditunjukkan oleh mereka.
Nik Nasyron Syah Nik Daud / Konsul Jeneral Malaysia, Melbourne

Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App.


Latest podcast episodes

Follow SBS Malay

Download our apps

Listen to our podcasts

Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service

Stream now