Langkah Pertama Untuk Mendekati Warga Pertama Australia

Australia Explained: Indigenous Connections

Tak kira di mana jua anda berada di Australia, anda perlu sedari bahawa bumi, juga perairan dan udara yang dinikmati adalah hak milik tradisional kaum orang asli negara ini. Credit: Matthew Micah Wright/Getty Images

Pendatang baru ke Australia sering mendengar, namun mungkin kurang arif, dengan istilah 'traditional owners' atau pemilik tradisional, 'country' atau tanah adat dan istilah 'First Nation' yang bermaksud Warga Pertama negara ini. SBS Bahasa Melayu mendapatkan pandangan wanita suku kaum Yawuru, Shannan Dodson, tentang petua untuk mendekati kaum orang asli Australia.


Tajuk Utama
  • Masyarakat Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya.
  • Persatuan kaum orang asli dan pesta meraikan budaya mereka memberi peluang kepada masyarakat umum mendekati Warga Pertama negara ini.
  • Mendekati budaya orang asli memerlukan keprihatinan dan minda yang terbuka.
    Berhijrah ke sebuah negara baru pastinya suatu pengalaman yang mengelirukan.

    Ramai migran ingin mendekati serta menghayati budaya kaum orang asli, namun berasa kurang pasti tentang cara yang betul untuk melakukannya.

    Shannan Dodson, seorang wanita suku kaum Yawuru menyaran langkah yang boleh diambil demi mendekati budaya dan warisan Warga Pertama Australia.
    Perjalanan ini bermula dengan memahami bahawa konsep satu budaya menyeluruh kaum orang asli tidak wujud. Sebaliknya, sejak beribu tahun lalu, wujud pelbagai budaya orang asli yang berbeza.
    Shannan Dodson, Ketuap Pegawai Eksekutif The Healing Foundation
    Healing Foundation_Canberra-07 (1).jpg
    Menurut Shannan Dodson, masyarakat umum perlu memahami bahawa kaum orang asli selaku pemilik asal benua ini telah memelihara dan mempertahan permukaan dan perairan negara ini sejak berpuluh ribu tahun lalu. Credit: The Healing Foundation
    Untuk memahami dan mengenalpasti siapakah pemilik tradisional kawasan kediaman anda, layari laman web majlis tempatan daerah masing masing.

    Laman web ini sering menyenaraikan perayaan komuniti, lawatan, bengkel serta aktiviti yang membabitkan seisi keluarga.

    Untuk gambaran yang lebih meluas, setiap negeri dan wilayah di Australia mempunyai organisasi kaum orang asli yang menawarkan sumber serta maklumat khusus berkaitan budaya.

    Menurut Shannan Dodson, organisasi peringkat kebangsaan juga mampu membantu anda.
    The Healing Foundation menyokong mangsa serta organisasi generasi yang dirampas ketika kecil. Institut kaum Aboriginal and Orang Kepulauan Selat Torres Australia juga mempunyai pelbagai sumber berkaitan bahasa, budaya dan rekod sejarah kaum orang asli negara ini. Selain itu, Reconciliation Australia menyediakan maklumat tentang proses perdamaian di Australia dan bagaimana kita mampu memperbaiki hubungan antara komuniti kaum orang asli dan masyarakat umum.
    Shannan Dodson, The Healing Foundation
    Peta serta maklumat mengenai pemilik asal kawasan penetapan anda boleh diperolehi melalui laman web Institut Pengajian Kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres.

    Sumber maklumat sahih berkaitan kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres boleh diperolehi seperti berikut:

    Mungkin anda lebih selesa menyertai aktiviti berkumpulan.

    Di Australia, wujud pelbagai acara yang dianjurkan oleh komuniti tempatan yang mengalu-alukan penyertaan masyarakat setempat mengambil bahagian tanpa mengira latar belakang mereka yang terbabit.

    Menurut Shannan Dodson, sambutan National NAIDOC Week meraikan sejarah, budaya dan warisan kaum orang asli sepanjang minggu pertama bulan Julai setiap tahun.

    Minggu perdaiaman ya ng dikenali sebagai National Reconciliation Week berlansung dari 27 Mei hingga 3 Jun.

    Sambutan ini menanda ulang tahun dua peristiwa bersejarah iaitu Referendum 1967 dan keputusan yang diturunkan oleh Mahkamah Tinggi yang lebih dikenali sebagai Keputusan Kes Mabo.

    Setiap tahun pada 13 Februari turut menyaksikan upacara Memohon Ma'af Kepada Kaum Orang Asli Australia, diikuti dengan Hari Memohon Ma'af setiap 26 Mei..

    Kedua-dua upacara kebangsaan ini ialah untuk memohon ma'af atas kekejaman penjajah Eropah terhadap generasi yang diculik, lebih dikenali sebagai Stolen Generations yang melihat kanak-kanak kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres dipisahkan secara paksa dari pangkuan keluarga mereka bermula pertengahan 1800an hingga ke 1980an.

    Upacara ini memberi peluang kepada semua golongan masyarakat bersatu sebagai warga Australia menghormati serta menghayati kesengsaraan dan trauma yang masih lagi dirasai oleh kaum orang asli sehingga kini.
    Survivors group shot.jpg
    Gambar beramai-ramai menanda ulang tahun Hari Memohon Ma'af yang berlansung pada Februari 2025 terdiri daripada mangsa, ahli keluarga, kakitangan The Healing Foundation bersama Menteri Hal-Ehwal Kaum Orang Asli Australia, Malarndirri McCarthy. Credit: The Healing Foundation
    Ramai di kalangan pendatang baru berasa kurang yakin dan khuatir melakukan kesilapan dalam interaksi mereka dengan kaum orang asli.

    Namun, Shannon Dodson mengesyorkan bahawa perasaan ini tidak seharusnya menghalang mereka daripada mendekati kaum Aboriginal dan Orang Kepualauan Selat Torres di negara ini.

    Tambah beliau, bukan setakat pendatang baru saja, malahan warga Australia yang telah lama menetap di negara ini juga kurang arif bagaimana untuk berinteraksi dengan kaum orang asli.
    Saya rasa kadang-kadang memang ada ketakutan untuk tersalah langkah atau tersalah cakap dan itu boleh difahami. Namun, saya tidak fikir ketakutan itu seharusnya menghalang seseorang daripada berinteraksi dengan kaum orang asli. Apa yang penting ialah bersikap terbuka dan bertanya soalan. Sebilangan besar warga Australia tahu bagaimana untuk melakukannya dengan penuh hormat, sama ada terhadap kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres atau anggota masyarakat umum.
    Shannan Dodson, The Healing Foundation
    Sila langgani atau ikuti podcast Australia Explained untuk mendapatkan maklumat serta petua berguna bagi membantu anda menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di Australia.

    Apakah anda mempunyai pertanyaan atau cadangan topik atau isu seterusnya?

    Hantarkan e-mel kepada kami di australiaexplained@sbs.com.au

    Anda boleh ikuti semua episod menarik paparan SBS Bahasa Melayu melalui podcast dan Facebook. Juga muat turun secara percuma SBS Audio App. 

    Share
    Follow SBS Malay

    Download our apps
    SBS Audio
    SBS On Demand

    Listen to our podcasts
    Independent news and stories connecting you to life in Australia and Malay-speaking Australians.
    Ease into the English language and Australian culture. We make learning English convenient, fun and practical.
    Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

    Watch on SBS
    SBS World News

    SBS World News

    Take a global view with Australia's most comprehensive world news service